Real Madrid Kembali Raih Kemenangan, Atasi Real Sociedad Dalam Aksi La Liga

Real Madrid

Gergasi Sepanyol, Real Madrid akhirnya kembali menemui sentuhan kemenangan dalam saingan La Liga setelah berjaya menundukkan Real Sociedad 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Anoeta, Sociedad.

Madrid sebelum ini hanya mampu mencatatkan keputusan seri menentang Valencia dan Levante pada dua perlawanan terakhir La Liga, kini menduduki tangga keempat dengan ketinggalan empat mata dibelakang pendahulu liga, Barcelona yang memungut 12 mata maksimum.

Real Madrid bertandang ke Sociedad dengan sedikit tekanan apabila pasukan tuan rumah berada dalam prestai terbaik setelah mencatatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan liga dan ditambah pula dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo, Marcelo dan Karim Benzema.

Penyerang muda Real Madrid, Borja Mayoral berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-19 apabila pemain berusia 20 tahun itu pantas menyambar peluang yang dibuka Sergio Ramos dalam kotak penalti tuan rumah. Jaringan tersebut merupakan gol pertama Mayoral buat Real Madrid.

Real Madrid
SAN SEBASTIAN, SPAIN – SEPTEMBER 17: Gareth Bale of Real Madrid CF (L) competes for the ball with Kevin Rodrigues of Real Sociedad de Futbol to score his team’s third goal during the La Liga match between Real Sociedad and Real Madrid at Anoeta stadium on September 17, 2017 in San Sebastian, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Real Sociedad berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-28 berpunca dari hantaran lintang Alvaro Odriozola disudahkan dengan rembatan cantik dari Kevin Rodrigues untuk kedudukan terikat 1-1.

Rodrigues bagaimanapun melakukan kesilapan 8 minit kemudian apabila sepakan Mayoral yang melakukan hantaran lintang kepada Isco, terlebih dahulu terkena kaki pertahanan Sociedad itu lalu menerjah ke gawang sendiri.

Madrid menambah luka penyokong tuan rumah dengan mendapatkan jaringan ketiga pada minit ke-61 apabila hantaran jauh yang cantik dari Isco berjaya dikejar Gareth Bale yang dengan solo menewaskan pertahanan dan penjaga gol Sociedad untuk memberikan jaringan ketiga seterusnya mengesahkan kemenangan kedua skuad Zinedine Zidane itu musim ini.

Kemenangan ini juga memberi makna buat Real Madrid kerana berjaya memusnahkan rekod bersih Real Sociedad dalam kempen La Liga musim ini.

Mengikut statistik yang dilakukan OPTA, Real Madrid telah berjaya menjaringkan gol dalam 73 perlawanan terakhir pasukan dalam semua pertandingan dan berjaya menyamai rekod Santos yang melakukannya antara tahun 1961 dan 1963.

Sumber :

Goal (2017) http://www.goal.com/en-my/match/real-sociedad-v-real-madrid/97nzms1y6xkj5olibfo9pyvsa

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN