Real Madrid Kalah Lagi, Ini 5 Perkara Daripada Penutup Musim Los Blancos

Real Madrid tewas 0-2 di tangan Real Betis dalam aksi terakhir La Liga musim ini. Lebih perit ianya berlaku di Santiago Bernabeu.

1. Real Betis cipta rekod unik

Dengan kemenangan bergaya di Bernabeu, ini bermakna Real Betis membawa 3 mata daripada antara 2 gelanggang paling sukar di Sepanyol iaitu  Bernabeu dan Nou Camp.

Betis menjadi satu-satunya pasukan menang di kedua-dua tempat tersebut dalam saingan liga musim ini

2. Jese Rodriguez curi perhatian

Tahukah anda, hampir 8 tahun lalu Jese Rodriguez menjaringkan gol ke atas Real Betis dalam debut bersama Real Madrid. Pada hari terahir liga Sepanyol musim 2018/19, Jese menjaringkan gol ke atas Real Madrid.

3. Rekod buruk

Real Madrid tewas 12 perlawanan daripada 38 perlawanan liga musim 2018/19. Hanya musim 1973/74 mereka mencatatkan rekod lebih buruk dengan 13 kekalahan.

Skuad Real Madrid yang dibimbing 3 pengurus musim ini jauh di belakang Barcelona dari segi perbezaan mata.

Secara keseluruhan mereka tewas 18 kali dalam semua kompetisi. Rekod terburuk sejak 1995/96.

4. Siapa perlukan Ronaldo?


Real Madrid ternyata perlukan Ronaldo. Jika mereka merasakan Ronaldo perlu dijual, maka mereka perlulah menjadi pengganti yang mampu mengisi kekosongan complete attacker seperti Ronaldo – yang boleh menyumbang gol yang banyak serta ‘assist’.

Pada musim 2017/18, Cristiano Ronaldo terlibat dalam 31 gol Real Madrid (26 gol, 5 bantuan gol). Secara keseluruhan Real Madrid menjaringkan 94 gol musim lalu.

Namun musim ini, Real Madrid hanya menjaringkan 63 gol. Jumlah itu secara kebetulan 31 kurang daripada apa yang mereka dapat musim lalu.

Kehilangan Ronaldo memberikan impak sangat besar kepada Real Madrid. Kami tahu tiada pemain lebih besar daripada kelab, tetapi beliau adalah Cristiano Ronaldo yang kita sedang bincangkan di sini. Legenda paling prolifik sepanjang zaman di kelab mereka.

Mungkin pada satu sudut, Real Madrid lebih perlukan Ronaldo daripada Juventus perlukan pemain itu.

5. Solari lebih baik musim ini

Daripada 3 pengurus yang dilantik Real Madrid musim ini. Untuk pasukan yang ada ini, Santiago Solari mencatatkan ratio kemenangan lebih baik.

Solari mencatatkan ratio kemenangan 70.6%. Di tempat kedua adalah Zinedine Zidane dengan 45.5%. Manakala Julen Lopetegui hanya ada ratio kemenangan 40%.

Rumusan

Bukan musim yang indah untuk Real Madrid selepas menjulang UCL secara hatrik dan memiliki pemenang Ballon d’Or di dalam pasukan mereka.

Real Madrid kini sudah bergerak aktif memburu pemain-pemain baharu untuk memperbaiki pasukan mereka bagi musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN