Real Madrid Juara UCL 2016/17, Ronaldo Ledak 2 Gol

Perlawanan akhir UCL 2016/17 dilangsungkan di Stadium Millenium, Cardiff, Wales. Ia menemukan Juventus dan Real Madrid.

Juventus mendominasi perlawanan pada awal 15 minit. Real Madrid bergelut untuk mencari rentak.

Namun sebaliknya, Real Madrid yang mendahului menerusi satu gol cantik oleh Cristiano Ronaldo yang menerima bola di zon selesa pada minit ke ke-20.

Ia adalah cubaan gol pertama Real Madrid di dalam perlawanan ini selepas gagal mencipta peluang dalam 19 minit pertama.

Namun pada minit ke-27, Mario Mandzukic menjaringkan jaringan akrobatik menarik hasil bantuan gol oleh Gonzalo Higuain.

Video: Jaringan Akrobatik Mario Mandzukic vs Real Madrid (Final UCL)

Selepas itu, Juventus cuba mengawal kembali tempo perlawanan. Namun babak akhir perlawanan kedua-dua pasukan lebih selesa untuk bermain dengan selamat.

Bersambung babak kedua, Real Madrid mengubah tempo perlawanan. Mereka menjadi pasukan yang jauh lebih baik berbanding separuh masa pertama.

Penguasaan Real Madrid dikuatkan lagi dengan gol menarik Casemiro pada minit ke-61.

Video: Gol Misil Casemiro vs Juventus (Final UCL)

Entah apa yang berlaku kepada kem Juventus. 3 minit selepas itu, Ronaldo menjaringkan gol ke-2 peribadi dan yang ketiga untuk Real Madrid.

Ianya selepas kelekaan pemain Juventus yang kehilangan bola di kawasan pertahanan mereka sendiri.

Allegri terpaksa mengeluarkan Pjanic yang merupakan antara pemain terbaik separuh masa pertama. Ini selepas pemain itu hilang fokus di dalam perlawanan pada separuh masa kedua.

Juventus menukar formasi kepada 4-4-2 dengan memasukkan Cuadrado pada minit ke-66. Hanya 6 minit di padang pemain itu diperintah keluar kerana kad kuning kedua.

Real Madrid menutup rapat persaingan dengan gol cantik daripada seorang lagi pemain yang ada musim sensasi musim ini iaitu Marco Asensio. Ianya hasil umpanan cantik Marcelo.

Tamat perlawanan Juventus 1 Real Madrid 4. Kejuaraan ke-12 untuk Real Madrid dalam sejarah UCL. Menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan UCL sejak ia dijenamakan semula pada 1992.

Gianluigi Buffon nampaknya masih terlepas peluang untuk menjuarai UCL dalam karier beliau.

Tahniah Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN