Real Madrid Dah Ada Odegaard, Ancelotti Tak Perlu Pandang James Rodriguez

Carlo Ancelotti James Rodriguez Martin Odegaard

Untuk tempoh beberapa tahun ini, James Rodriguez sentiasa menjadi pemain penting untuk Carlo Ancelotti. Bintang Columbia itu rela meninggalkan Real Madrid untuk kembali bergabung dengan jurulatih kesayangannya itu di Goodison Park pada musim lalu.

Namun pengurus dari Itali itu telah kembali semula ke Santiago Bernabeu ekoran perletakan jawatan Zinedine Zidane Maka nasib James yang dicanang sebagai ‘anak emas’ Ancelotti itu kini dikatakan bagai anak ayam kehilangan ibunya.

Selepas tiga kali bekerjasama di Real, Bayern Munich dan Everton, Ancelotti dipercayai tidak akan menjadikan penyerang berusia 30 tahun sebahagian dari perancangannya untuk musim baharu ini memandangkan beliau sudah ada pemain muda berbakat iaitu Martin Odegaard.

https://twitter.com/SportsbookBTC/status/1408835847718199298?s=20

Seperti James, Odegaard juga pemain kidal yang mempunyai kemahiran teknikal dan visi permainan yang cukup baik untuk mencipta impak dalam permainan.

Separuh pertama musim lalu penyerang Norway itu tenggelam akibat kurang diberi kepercayaan oleh Zidane untuk tampil dalam perlawanan-perlawanan penting sebelum dipinjamkan ke Arsenal baki setengah musim terakhir.

Adakah Ancelotti akan menarik balik pandangannya terhadap Odegaard kira-kira lima tahun lalu?

Pada 2016, beliau pernah mendedahkan menerusi autobiografinya ‘Quite Leadership’ bahawa beliau tidak pernah berminat untuk menandatangani Odegaard dan mendakwa ia tidak lebih dari sekadar gimik dan strategi pemasaran pihak pengurusan kelab gergasi Sepanyol itu.

Hadir sebagai prodigi bola sepak Norway dan pemegang rekod pemain paling muda membuat debut skuad senior Norway pada usia 15 tahun 253 hari, berita pembelian Martin Odegaard oleh Real Madrid sememangnya menarik perhatian media Eropah dan dunia.

Ketika diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu Real, Odegaard baru sahaja berusia 16 tahun 37 hari. Selepas beberapa tahun dipinjamkan ke beberapa kelab, namanya hampir hilang dari radar peminat bola sepak Eropah.

Namun dengan usaha dan tekad yang tinggi, beliau mengejutkan pelbagai pihak dengan aksi cemerlang ketika dipinjamkan ke Real Sociedad. Ia sekaligus menutup mulut pengkritik yang selama ini menganggap keberadaannya di Real hanyalah untuk tujuan pemasaran semata-mata.

Baru berusia 22 tahun, kebanyakan pihak melihat masih banyak ruang dan peluang untuk Odegaard membuktikan keupayaan sebenarnya dan menjadi bintang baharu Real Madrid di bawah kendalian Ancelotti.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Martin Odegaard:

5 Perkara Mengenai Pemain Baharu Arsenal Martin Odegaard

Modric Cabar Odegaard Rebut Tempat Kesebelasan Utama Real Madrid

Staf Kejurulatihan Real Sociedad Kagum Dengan Disiplin dan Tahap Kecergasan Odegaard

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN