Real Madrid Catat Rekod Tak Diingini, Alaves Menang Menerusi Gol Masa Kecederaan

Real Madrid mencipta satu lagi rekod buruk musim ini. Semalam Real Madrid tewas mengejut di tangan Alaves.

Ini kekalahan pertama Real Madrid di Mendizorrotza selepas 87 tahun.

Alaves menang 1-0 ke atas Los Blancos hasil jaringan masa kecederaan oleh Manu Garcia pada masa kecederaan 90+5.

https://twitter.com/Deninstagram/status/1048641029468049408?s=19

Beliau menyatakan ini adalah detik paling gembira dalam hidupnya yang menyaksikan pasukannya naik ke tangga ke-3.

Manu Garcia telah menjaringkan 2 gol daripada 2 pertemuan liga terakhir berhadapan Real Madrid.

Kekalahan Real Madrid ini juga menyaksikan pasukan Los Blancos sudah kemarau gol sebanyak 4 perlawanan.

Ini adalah kali pertama Real Madrid gagal menjaringkan sebarang gol dalam 4 perlawanan berturut-turut sejak 1985.

Dan jelas sekali mereka merindui sentuhan penyerang setajam Cristiano Ronaldo. Ketika memiliki Ronaldo mereka tak pernah kemarau gol dalam tempoh lama seperti ini.

Penyokong Real Madrid sekali lagi mengkritik kegagalan mendapatkan penyerang bintang untuk menggantikan Cristiano Ronaldo.

Real Madrid mencatatkan 1 seri dan 3 kekalahan dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

Ianya sekaligus meletakkan Julen Lopetegui dalam tekanan. Real Madrid sebelum ini gah dengan status 4 kejuaraan UCL dalam 5 musim terakhir. Dan 3 UCL berturut-turut di bawah Zinedine Zidane.

Ini juga pertama kali Alaves menang ke atas Real Madrid dalam La Liga dalam tempoh 18 tahun.

Real Madrid memulakan musim ini dengan sangat baik dengan aksi cemerlang Benzema dan Gareth Bale. Namun kini jelas sekali Lopetegui perlu memperbaiki segera aksi pasukan beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN