Real Madrid Turut Bangunkan Akademi Bola Sepak ‘Istimewa’ Di Indonesia

Gergasi La Liga Real Madrid, melalui Yayasan Real Madrid (RMF) bersetuju unruk melanjutkan tempoh kerjasama Program Pembangunan Social Sport School Real Madrid Foundation (SSS RMF) di Indonesia.

Memorandum persefahaman atau Memorandum of Understanding (MoU) telah ditandatangani di ibu pejabat Real Madrid, Sepanyol pada Khamis, 7 Disember 2017 yang lalu.

Di Indonesia, program SSS RMF dikelola oleh Yayasan Pembangunan Sosial Olahraga Indonesia (ISSD Foundation) yang sudah bermula sejak 15 Disember 2011.

Majlis menyempurnakan memorandum tersebut ditandatangani oleh Timbalan Presiden Yayasan Real Madrid, Enrique Sanchez, dan Ketua Umum Yayasan ISSD, Hanuryadi Sulaiman, untuk jalinan kerjasama hingga 2021.

Menurut Ketua Umum ISSD Foundation, Hasnuryadi Sulaiman, mengelolakan program SSS RMF di Indonesia merupakan satu cabaran yang besar dan bukan perkara yang mudah.

“Atas kepercayaan ini, kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang amat mendalam dan penghargaan kepada Yayasan Real Madrid serta Kerajaan Sepanyol khususnya,” ujar Hasnuryadi.

Ketika ini, program SSS RMF yang dipersetujui meliputi empat buah akademi bola sepak di empat buah bandar di sekitar Indonesia. Tiga daripada akademi berkenaan merupakan program yang telah dimulakan sejak 2012.

Tiga akademi tersebut berpengkalan di Universiti Negeri Yogyakarta (UNY) di Wilayah Daerah Istimewa Yogyakarta, Samarinda di Kalimantan Timur, dan Banjarbaru di Kalimantan Selatan.

Sementara itu, satu lagi akademi bola sepak ialah di Banda Aceh yang akan dikelola oleh Universiti Ubudiyah. Ia merupakan akademi baru yang akan memulakan operasi pada akhir Januari 2018.

Perkara istimewa mengenai program pembangunan di Universiti Ubudiyah Banda Aceh ialah usaha untuk mewujudkan kelas bola sepak khas untuk kanak-kanak yang memerlukan perhatian khusus, iaitu kanak-kanak yang menghidap autism.

Pada waktu ini, sudah sepuluh orang kanak-kanak autism yang telahpun mendaftar dan kemungkinan jumlahnya masih akan terus meningkat.

“Kami yakin Yayasan Real Madrid memiliki pengalaman dan kaedah latihan untuk kanak-kanak yang memerlukan perhatian khusus itu,” tutur Hasnuryadi yang juga merupakan pengurus kelab bolasepak Indonesia di Liga 1, PS Barito Putera.

 

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan  Sofwan Zulkepli yang merupakan pembaca setia kami. Jika anda mahu artikel anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN