Real Madrid Berjaya Raih Kemenangan Dalam Perlawanan Yang Menghasilkan Lapan Gol

Real Madrid

Lapan jaringan terhasil pada perlawanan La Liga diantara Real Betis bertemu Real Madrid di Estadio Benito Villamarin, yang menyaksikan skuad bimbingan Zinedine Zidane itu berjaya memperoleh kemenangan 5-3 awal pagi tadi.

Separuh masa pertama

Pemain muda Real Madrid, Marco Asensio membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi tandukan susulannya yang terus menerjah jaring.

Gol tersebut terhasil apabila rembatan yang dilakukan Cristiano Ronaldo ditepis penjaga gol Real Betis, Antonio Adan tetapi Asensio berada di keadaan yang tepat untuk melakukan tandukan.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Real Betis memperkemaskan aksi dengan melancarkan beberapa siri serangan ke arah pintu gol Real Madrid yang dikawal Keylor Navas.

Usaha berterusan tuan rumah membuahkan hasil apabila pemain pertahanan, Aissa Mandi kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Mandi yang mendapat hantaran lintang dari Joaquin berjaya menanduk masuk bola bagi menceriakan penyokong mereka.

Real Betis terus memberikan tekanan kepada Madrid dengan menghasilkan jaringan kedua berselang empat minit kemudian.

Mereka perlu berterima kasih kepada Nacho Fernandez yang tertampan bola ke gawang sendiri selepas percubaan pertama dari Junior Firpo berjaya dihalang Navas.

SEVILLE, SPAIN – FEBRUARY 18: Sergio Ramos of Real Madrid celebrates after scoring his team’s second goal during the La Liga match between Real Betis and Real Madrid at Benito Villamrin stadium on February 18, 2018 in Seville, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

Separuh masa kedua

Sergio Ramos berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2, lima minit selepas perlawanan bersambung selepas beliau menanduk masuk hantaran dari sepakan sudut yang diambil Lucas Vazquez.

Marco Asensio kembali meletakkan Real Madrid di hadapan dengan meledakkan jaringan ketiga sekaligus yang kedua peribadi buat pemain berusia 22 tahun ini.

Tidak cukup dengan itu Cristiano Ronaldo menambah jaringan keempat buat juara bertahan La Liga itu hasil rembatan padu yang tidak berjaya dihalang Adan untuk menafikan rembatan pemain terbaik dunia itu.

Tuan rumah masih belum mengalah apabila kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-85. Pemain gantian, Sergio Leon dengan tenang menolak masuk bola hasil hantaran lintang cantik dari Junior Firpo.

Tiga mata penuh buat Real Madrid pada perlawanan ini dinoktahkan oleh Karim Benzema yang menutup tirai ‘festival’ jaringan ini pada masa kecederaan selepas pemain antarabangsa Perancis itu mengelirukan Adan untuk jaringan kelima buat Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN