Real Madrid Berikan Zidane Dana Perpindahan Sangat Tinggi

Laporan beberapa media seperti AS dan France Football menyatakan, Real Madrid menyediakan perbelanjaan sekitar £300 sehingga £500 juta kepada Zinedine Zidane untuk pembentukan pasukan Real Madrid yang baharu.

Sukar untuk tidak berbelanja besar jika mahu membentuk projek ala Galaticos satu ketika dahulu – kerana inflasi pada harga pemain di pasaran sangat tinggi.

Sekiranya kesemua sasaran mereka berjaya ditandangani, Real Madrid berbelanja sangat besar. Eden Hazard, Kylian Mbappe, David De Gea dan Sadio Mane antara nama yang dilaporkan dalam senarai sasaran utama Zidane.

Eden Hazard boleh dikatakan keutamaan paling atas dalam senarai. Pemain yang sudah beberapa kali memberikan bayangan kekaguman beliau kepada Real Madrid dan Zidane.

Pada masa yang sama, situasi kontrak Eden Hazard di Chelsea juga membuatkan Real Madrid ‘bernafsu’ mahu memburu pemain tersebut.

LONDON, ENGLAND – MARCH 10: Eden Hazard of Chelsea is surrounded by Wolves defenders during the Premier League match between Chelsea FC and Wolverhampton Wanderers at Stamford Bridge on March 10, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Terbaharu mereka juga dikaitkan dengan Kalidou Koulibaly sekiranya mereka terpaksa melepaskan Raphael Varane.

Zinedine Zidane juga cuba untuk membawa masuk N’golo Kante dan Ndombele ke dalam pasukan untuk menguatkan bahagian tengah. Beliau juga dikatakan masih berminat mahukan perancang kreatif Spurs iaitu Christian Eriksen.

Namun begitu, dalam kes N’golo Kante, pemain itu menyatakan beliau selesa untuk kekal di Chelsea.

Real Madrid dalam beberapa musim kebelakangan ini kurang berbelanja besar untuk ‘marquee signing’. Mereka banyak bergantung kepada pembangunan bakat muda dan prospek.

Sebagai perbandingan, seteru utama mereka Barcelona pula berbelanja sangat besar dalam tempoh yang sama.

Namun segalanya dijangka akan berubah dan Real Madrid akan kembali ‘mengganas’ dalam pasaran perpindahan.

Zinedine Zidane kembali dilantik menjadi pengurus Real Madrid selepas kegagalan Julen Lopetegui dan juga Santiago Solari dalam memacu pasukan Los Blancos lebih stabil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN