Akhirnya Real Madrid menemui jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan pemain perancang dari Jepun, Takefusa Kubo untuk menyarung jersi pasukan itu mulai musim hadapan.
Menurut laporan media Sepanyol AS, Kubo akan kembali bersama skuad utama Ream Madrid pada musim hadapan.
Berita penyertaan Kubo ke sebuah kelab gergasi Eropah sebelum ini mengujakan banyak pihak terutama peminat bola sepak Jepun yang mahu melihat pemain yang diberi jolokan ‘Messi Jepun’ itu bermain di salah satu liga terbaik di dunia.
Namun demikian, pengumuman pengurus Real Madrid pada ketika itu, Zinedine Zidane yang membuat keputusan tidak popular agar Kubo ‘diperam’ ke pasukan Real Madrid Castilla (pasukan simpanan) untuk beraksi dalam Liga Segunda B nyata tidak disenangi peminat dan pemerhati bola sepak.
Kebanyakannya berpendapat, Kubo perlu diberikan pendedahan serta peluang untuk beraksi dalam perlawanan-perlawanan di liga utama supaya potensinya semakin berkembang.
Musim ini Kubo terpaksa dipinjamkan ke Mallorca disebabkan kesukaran pemain itu untuk bersaing dan mendapatkan minit perlawanan secukupnya.
Perkara sama turut dihadapi pemain sensasi muda Jepun itu sejak beberapa musim lalu sehingga terpaksa dipinjamkan kepada Getafe dan Villareal sebelum ini.
https://twitter.com/MadridLoanWatch/status/1505563917736722433
Prestasi Kubo bagaimana pun terus mendapat pujian walaupun beraksi bersama pasukan lain secara pinjaman – dan penampilan beliau bersama skuad olimpik Jepun di Tokyo sebelum ini turut tidak dipandang remeh oleh barisan kejurulatihan Los Blancos.
Dan akhirnya Real Madrid dikatakan menemui cara terbaik untuk memastikan Kubo mampu bersaing di dalam skuad utama pasukan itu mulai musim depan.
Sebelum ini setiap pasukan La Liga hanya dibenarkan untuk mendaftar tiga pemain bukan dari kesatuan eropah. Situasi di Real madrid dijangka berubah selepas beberapa pemain yang berasal dari Brazil bakal mendapat pasport Sepanyol.
Takefusa Kubo is one of the leading creative forces for Mallorca this season.
He leads his team for passes leading to shots and ranks among the top 10 in the division. pic.twitter.com/l3O6W3Ohoe
— Football España (@footballespana_) March 13, 2022
Situasi ini membenarkan Kubo didaftarkan sebagai pemain bukan eropah mulai musim hadapan dan perkara itu sememangnya berada di dalam perancangan kelab..
Pada musim ini Kubo telah melakukan 18 penampilan untuk Mallorca dan telah menjaringkan1 gol.
Mallorca kini berada di kedudukan ke-16 La Liga selepas merekodkan 6 kemenangan, 8 seri dan 13 kekalahan dan mengumpul 26 mata.
Sekiranya benar laporan dari Sepanyol itu, maka ini adalah peluang terbaik untuk Kubo menambat hati Carlo Ancelotti untuk berada di dalam kesebelasan utama Los Blancos.