Real Madrid Ada 37 Pemain Pasukan Utama, Bermakna Ramai Perlu Dilepaskan

Kehadiran Ferland Mendy yang diumumkan oleh Real Madrid menjadikan pasukan Los Blancos – ditambah dengan kepulangan pemain daripada tempoh pinjaman – kini ada 37 pemain dalam pasukan utama.

Real Madrid sangat aktif berbelanja pada kali ini selepas musim 2018/19 yang dianggap gagal.

Dan seterusnya, polisi perpindahan mereka juga antara sebab perkara ini berlaku. Real ‘lokek’ untuk melepaskan ataupun menjual pemain dalam beberapa musim terakhir. Ini yang membuatkan berlaku lambakan pemain skuad senior.

Dalam La Liga dan UCL, hanya 25 pemain sahaja yang boleh didaftarkan. Real Madrid juga masih dikaitkan dengan beberapa pemain dalam jendela perpindahan. Ini termasuk Kylian Mbappe dan juga Paul Pogba.

Dengan situasi yang mereka hadapi sekarang, mereka terlebih dahulu perlu mengeluarkan ramai pemain keluar. Sama ada dijual ataupun dipinjamkan.

Menurut laporan oleh Marca, berikut adalah nama-nama pemain yang berada dalam senarai untuk dijual ataupun dipinjamkan.

Untuk senarai dijual, mereka ialah: Keylor Navas, Theo Hernandez, Sergio Reguilon, Marcos Llorente, Dani Ceballos, James Rodriguez, Martin Odegaard, Mateo Kovacic, Gareth Bale, Raul de Tomas dan Borja Mayoral.

Sementara itu untuk pemain seperti Andriy Lunin, Luca Zidane, Jesus Vallejo, Brahim Diaz, Isco, Lucas Vazquez and Mariano Diaz mereka masih belum dipastikan sama ada kelab cuba meletakkan mereka dalam senarai jual.

Namun apa yang pasti Real Madrid pastinya tiada masalah untuk melepaskan mereka untuk dipinjam kelab lain.

Kedengaran, agak mudah. Sebenarnya tidak. Pemain seperti Gareth Bale sudah menyatakan beliau enggan keluar dari Real Madrid.

Seterusnya, Real Madrid sendiri masih lagi agak keberatan untuk melepaskan pemain seperti Keylor Navas pada harga rendah.

Sebelum ini Navas mendapat tawaran daripada PSG yang menjangkakan pemain itu akan dilepaskan Real Madrid secara percuma – atas persetujuan bersama. Namun Real Madrid meminta PSG membayar sejumlah harga perpindahan.

Seterusnya, Martin Odergaard pernah menyatakan beliau mahu berhijrah ke Ajax. Namun hasrat pemain itu disekat. Dan kini dilaporkan Real Madrid menyenaraikan semula pemain itu untuk dijual.

Mateo Kovacic pula, Real Madrid dilaporkan meminta Chelsea membayar £45 juta untuk pemain itu jika mereka berminat mendapatkan khidmat beliau.

Walaupun Chelsea masih digantung daripada perpindahan, namun perpindahan Kovacic dilihat berpotensi diberikan kelonggaran, kerana pemain itu sudah dipinjamkan dan didaftarkan dalam pasukan Chelsea musim lalu.

Chelsea kemudian dilaporkan tidak berminat untuk mendapatkan pemain itu pada harga yang dianggap terlalu mahal.

Chelsea kini lebih memilih pelan B iaitu menerima semula kepulangan Bakayoko. Pemain itu menyatakan beliau tidak akan kekal di Milan kerana mahu pulang ke Chelsea.

Pada pandangan kami, banyak pasukan akan cuba mengambil kesempatan di atas situasi lambakan pemain dalam pasukan Real Madrid ini dengan cuba mendapatkan pemain mereka pada harga serendah yang mungkin.

Harus diakui, Real Madrid gagal mengendalikan kontrak pemain dengan lebih baik sebelum ini.

James Rodriguez pula antara pemain yang memiliki gaji yang tinggi. Jadi agak sukar mana-mana kelab mahu membeli beliau dengan harga terlampau mahal. Sama juga dengan situasi Gareth Bale.

MADRID, SPAIN – MAY 19: Gareth Bale of Real Madrid looks on from the substitute bench before the La Liga match between Real Madrid CF and Real Betis Balompie at Estadio Santiago Bernabeu on May 19, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Corrielo Dello Sport beberapa hari lalu melaporkan, Real Madrid mulai terbuka untuk mendengar tawaran lebih rendah daripada Napoli untuk James Rodriguez.

Namun halangan tetap ada, jika Napoli cuba meminta pemain itu menerima gaji leih rendah – dan James enggan menerima pemotongan gaji di Napoli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN