Real Chukai Tertarik Konsep MFL Beri Fokus Pertingkatkan Liga Komuniti

Real Chukai

Naib Pengerusi Real Chukai FC, Mohammad Fadhil Mat Nor percaya kewujudan liga M4 mampu menjadi satu platfom untuk mencungkil bakat-bakat muda terutamanya di sekitar Kemaman bagi diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

Fadhli secara peribadi begitu tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh Malaysian Football League (MFL) di mana ia memberi fokus kepada usaha menaikkan lagi komuniti bola sepak tempatan bergiat secara profesional.

Biarpun pernah muncul juara Piala Terengganu Amateur League (TAL) edisi 2017, kelab baru itu tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk muncul juara dalam liga M4 kerana sasaran mereka adalah untuk mengasah bakat-bakat baharu.

Namun Fadhli mengakui bahawa Real Chukai FC mempunyai pakej yang lengkap untuk bertanding dalam liga M4 dan mereka mempunyai pemain yang telah diasah bakatnya di sekitar Kemaman serta jurulatih-jurulatih yang memiliki sijil kelayakan.

“Liga M4 ini adalah platfom untuk mencungkil dan mempamerkan bakat baharu terutamanya di sekitar Kemaman malah kita juga telah menghasilkan beberapa pemain yang berkualiti sehingga ada yang mewakili Malaysia iaitu Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid dan Muhd Azam Azmi Murad,” katanya.

Sementara itu, Fadhil juga menegaskan bahawa kewangan merupakan salah satu cabaran yang besar kepada pasukan-pasukan komuniti ini untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi.

Namun, Real Chukai FC tetap bekerja keras untuk mengukuhkan kewangan pasukan dengan berusaha membawa masuk beberapa tajaan yang kini dalam proses perbincangan.

“Kewangan sememangnya menjadi salah satu halangan yang besar untuk pasukan-pasukan komuniti ini untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi.

“Namun setakat ini Real Chukai FC ada mendapat beberapa tajaan malah masih terbuka untuk mana-mana pihak yang ingin menaja,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN