Reaksi Zinchenko Melihat Keindahan Gol Jaringan Saliba Bertemu Bournemouth Mencuri Perhatian Peminat

Oleksandr Zinchenko terpukau dan terpaku melihat keindahan gol jaringan William Saliba ketika aksi kemenangan 3-0 Arsenal menewaskan Bournemouth malam semalam.

Reaksi yang ditunjukkan oleh bekas pemain pertahanan Manchester City itu menarik perhatian peminat dan ia seolah-olah mengesahkan gol Saliba itu sememangnya sungguh menakjubkan.

The Gunners meneruskan rentak kecemerlangan mereka dalam aksi saingan Premier League musim ini, selepas skuad kendalian Mikel Arteta itu mencatatkan kemenangan ketiga mereka dari tiga perlawanan pertama.

Kemenangan selesa di Vitality Stadium membantu Arsenal untuk mendaki ke puncak saingan Premier League, selepas mengumpul sembilan mata penuh.

Martin Odegaard meledak dua gol pada awal aksi babak pertama permainan untuk membantu skuad kendalian Mikel Arteta itu mendahului perlawanan 2-0.

Pada aksi babak kedua, William Saliba berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat untuk membantu Arsenal mendahului 3-0.

Gol padu yang dihasilkan menggunakan kaki kiri itu sememangnya sungguh menakjubkan dan ramai peminat yang teruja melihat keindahan gol Saliba itu.

Selepas menjaringkan gol sendiri ketika bertemu Leicester City minggu lalu, Saliba membuka akaun gol beliau bersama Arsenal dengan menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat itu.

Para penyokong yang tak henti-henti bersorak nama Saliba sepanjang perlawanan tersebut sepertinya akan sangat berpuas hati melihat keindahan gol tersebut.

Pemain yang baru sahaja ditandatangani oleh kelab, Zinchenko turut terpukau melihat keindahan gol yang dijaringkan oleh Saliba dalam perlawanan tersebut.

Beliau memiliki sudut pandangan paling jelas untuk menyaksikan bagaimana gol itu terhasil dan reaksi yang ditunjukkan oleh Zinchenko mencuri perhatian peminat.

Bintang Ukraine itu menunjukkan reaksi seolah-olah beliau tak percaya Saliba akan mampu menghasilkan gol secantik itu.

Saliba menyertai Arsenal dari Saint-Etienne pada tahun 2019 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £27 juta, sebelum beliau kembali ke Perancis pada musim lalu sebagai pemain pinjaman.

Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika membantu Arsenal menewaskan Crystal Palace pada hari pembukaan saingan Premier League.

Para peminat jelas sekali sudah tidak sabar mahu menyaksikan apa lagi yang akan mampu dipamerkan oleh Saliba selepas ini.

Kehadiran beliau jelas sekali menambah kepercayaan para peminat terhadap barisan pertahanan Arsenal yang tidak begitu mantap sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN