Erik ten Hag terhibur ketika mendengar Roy Keane meminta beliau menghadiahkan kepadanya dua tiket percuma untuk menonton aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup.
Reaksi pengurus dari Belanda itu ketika mendengar permintaan Keane mencuri perhatian peminat dan beliau jelas terhibur dengan gurauan dari legenda kelab itu.
Manchester United mengesahkan tempat untuk beraksi di pentas perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Nottingham Forest 2-0 awal pagi tadi.
Erik ten Hag, Roy Keane & the cup #MUFC hope to get their hands on at the end of February pic.twitter.com/9EPQJ2OHbt
— Simon Peach (@SimonPeach) February 1, 2023
Skuad The Red Devils itu akan turun beraksi bertemu anak-anak buah Eddie Howe, dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup pada 26 Februari nanti.
Ia merupakan kesempatan untuk Man United memperoleh kejuaraan pertama mereka selepas sekian lama mereka gagal melakukan hal tersebut.
Jelas sekali para penyokong sangat teruja untuk melihat United menjulang Piala yang sudah lama mereka tak julang itu.
Tidak ketinggalan legenda kelab, Roy Keane juga turut sama tidak sabar-sabar mahu menyaksikan bekas kelabnya menjulang Piala.
Dek kerana terlalu teruja untuk menyaksikan Man United bermain di pentas perlawanan akhir, Keane bahkan sempat bergurau meminta tiket percuma dari Ten Hag.
Manchester United are one win away from their first silverware since 2017 👀 pic.twitter.com/b8Ry2dh7J8
— B/R Football (@brfootball) February 1, 2023
Legenda Man United itu bergurau meminta tiket percuma dari Ten Hag ketika mereka sedang dalam sesi temubual selepas tamat perlawanan.
Ten Hag jelas sekali terhibur dengan gurauan dari Keane itu dengan beliau hanya ketawa sahaja sambil mengiyakan permintaan dari bekas ketua pasukan Man United itu.
Roy Keane tried to sort himself out some complimentary final tickets off Erik Ten Hag! 😂 pic.twitter.com/1fvNRkCbsY
— Sky Sports Football (@SkyFootball) February 1, 2023
Rakan penyampai Keane, Mark Chapman turut ketawa sambil meminta maaf kepada Ten Hag atas gurauan legenda Premier League itu.
Bercakap selepas kejayaan beliau memimpin United untuk layak ke pentas perlawanan akhir, Ten Hag kecewa melihat persembahan anak-anak buahnya pada aksi babak pertama permainan.
Beliau walau bagaimanapun memuji anak-anak buahnya kerana mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan pada aksi babak kedua permainan.
“Sudah tentu, ketika kamu menang perlawanan peringkat separuh akhir, semuanya OK.”
Jelas Ten Hag.
Manchester United have now won 12 consecutive home matches at Old Trafford for the first time since Fergie was in charge.
Ten Hag at the wheel 👀 pic.twitter.com/MKjp4RTYtG
— ESPN FC (@ESPNFC) February 1, 2023
“Aksi babak pertama tidak begitu baik sejujurnya. Saya fikir itu profesional tetap terlalu perlahan dan kami tidak mencipta terlalu banyak kesempatan.”
“Kami membenarkan mereka untuk mendapatkan kesempatan. Babak kedua lebih bagus, tempo lebih baik dan kami turut berjaya menjaringkan gol yang bagus.”
Ten Hag kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:
“Kami mendahului 3-0 jadi saya tak mahu memberi mereka dapatkan momentum. Mereka menanti satu kesempatan untuk kuasai permainan. Kami pula mencari ruang tapi saya rasa Forest bermain dengan sangat baik, pertahanan yang kompak dan kami tak jumpa ruang itu.”
Manchester United's last 12 home games across all competitions:
WWWWWWWWWWWW
◉ Goals: 31
◉ Conceded: 5
◉ Clean sheets: 8The Theatre of Dreams. 💭 pic.twitter.com/oz3BZ5cVcf
— Squawka (@Squawka) February 1, 2023
“Saya tak fikir kami kecewa tapi kita sebenarnya patut lebih bijak. Kamu tak mahu berikan segalanya dengan mudah jadi pegang bola. Kita sepatutnya boleh melakukan lebih baik, percepat hantaran dan banyakkan pergerakan dari belakang.”
“Kami hanya mahu perbaiki diri setiap hari. Saya rasa kita ada skuad yang bagus jadi kita harus tenang dan kawal standard yang tinggi. Kita perlu ada sikap itu dalam setiap perlawanan. Kita Man United. Ketika kamu bergelar pemain Man United kamu perlu capai standard itu.”