Reaksi Reece James Yang Kecewa Dengan Sikap ‘Tamak’ Ziyech Mencuri Perhatian Peminat

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Para peminat tertarik dengan reaksi kecewa Reece James ketika melihat sikap tamak Hakim Ziyech yang berkeras mahu mengambil sepakan percuma pada minit-minit akhir permainan bertemu Dinamo Zagreb awal pagi tadi.

Skuad Chelsea terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 bertemu Dinamo Zagreb dalam aksi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan saingan Champions League.

Gol jaringan Mislav Orsic sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah, seterusnya memberikan mereka tiga mata pertama untuk aksi saingan kumpulan E.

Bintang Croatia itu berjaya memperbodoh-bodohkan pemain pertahanan bernilai £70 juta, Wesley Fofana sebelum menewaskan Kepa Arrizabalaga untuk menjaringkan gol kemenangan Dinamo Zagreb.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu gagal untuk mencari gol penyamaan dan terpaksa akur pulang dengan mencatatkan kekalahan pada perlawanan pertama mereka.

Ziyech yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini telah di bawa masuk pada aksi babak kedua permainan menggantikan Cesar Azpilicueta.

Tujuan beliau dimasukkan jelas sekali untuk membantu Chelsea memperoleh gol dalam perlawanan ini atau setidak-tidaknya membantu The Blues memperoleh gol penyamaan.

Walau bagaimanapun, bintang kebangsaan Maghribi itu sepertinya gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Beliau bahkan telah mencuri perhatian peminat kerana sempat membuat rakan sepasukannya, Reece James bengang dengan sikapnya.

Chelsea berjaya memenangi sepakan percuma pada minit-minit akhir permainan, dengan kedua-dua James serta Ziyech dilihat bersedia untuk mengambil sepakan percuma tersebut.

Selain kedua-dua pemain itu yang berada di hadapan bola, Mason Mount juga dilihat berada di kedudukan sama dan turut berminat mahu menyempurnakan sepakan percuma tersebut.

https://twitter.com/Evans_jr26/status/1567224464080863235?s=20&t=16gVMRx-SDSy6TeYPdK4nw

Ia merupakan sudut yang baik untuk Chelsea memperoleh sesuatu dan James sememangnya sangat gemar untuk mengambil sepakan percuma dari kedudukan tersebut.

Walau bagaimanapun, Ziyech sepertinya tidak membenarkan James untuk mengambil sepakan percuma tersebut dengan kedua-dua mereka sempat berbalah sebelum menyepak bola tersebut.

Hal itu sedikit sebanyak membuatkan James merasa bengang dan reaksi yang ditunjukkan oleh bintang England itu jelas menunjukkan yang beliau sedang sangat tidak gembira.

Para peminat di media sosial hangat membahaskan tentang hal tersebut dan ramai dari mereka sedar yang Reece James sebenarnya lebih layak untuk mengambil sepakan percuma itu.

Mereka merasakan yang James lebih layak untuk mengambil sepakan percuma tersebut, dan Chelsea berpotensi untuk memperoleh gol andai pemain pertahanan itu yang menyepak.

Ziyech yang keras kepala tidak mahu mengalah itu kemudiannya melepaskan rembatan dari sudut sepakan percuma tersebut, namun malangnya bola rembatan beliau sekadar memberikan tendangan gol kepada pasukan lawan.

Para peminat jelas sekali kecewa melihat bagaimana Ziyech yang sebelum itu sudah gagal ketika berdepan situasi bola mati masih tetap mahu mengambil sepakan percuma pada minit-minit akhir permainan.

Kekalahan tersebut bukan hanya mencacatkan permulaan Chelsea dalam saingan Champions League, bahkan ia juga menjadi penyebab mengapa Thomas Tuchel dipecat hari ini.

Selepas membelanjakan £270 juta pada musim panas ini, jelas sekali pimpinan kelab tidak gembira melihat bagaimana Tuchel memimpin skuad pada ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN