Quantcast
Reaksi Pemain Bundesliga Kepada Rating FIFA 16 Mereka
BERITA

Reaksi Pemain Bundesliga Kepada Rating FIFA 16 Mereka

Wednesday, 9 Sep 2015

Ketika ini, rating pemain-pemain Manchester City, Manchester United dan Real Madrid sudah diketahui biarpun FIFA 16 belum dilancarkan lagi.

Rating tertinggi untuk pemain Manchester United adalah David de Gea (86), Bastian Schweinsteiger (86) dan Wayne Rooney (86).

Untuk pemain Manchester City pula, David Silva adalah pemain yang mempunyai rating tertinggi (88). Sergio Aguero mendapat rating 87.

*Klik gambar untuk lihat dalam mode galeri

Untuk pemain Real Madrid, pemain yang mendapat rating tertinggi sudah pastilah – Cristiano Ronaldo (93).

Real Madrid turut mempunyai 5 pemain yang mempunyai rating 87: James Rodriguez, Toni Kroos, Gareth Bale, Luka Modric dan Sergio Ramos.

*Klik gambar untuk lihat dalam mode galeri

Apabila EA Sports cuba mendapatkan komen pemain Bundesliga tentang rating terbaru mereka di FIFA 16, ada yang bersetuju. Ada juga tidak bersetuju.

Cristoph Kramer (Bayer Leverkusen)

Cristoph Kramer (Bayer Leverkusen) mahukan skill moves dribbling-nya dinaikkan melebihi 3 bintang.

“Saya pandai menggelecek. Jadi naikkanlah skil gelecekan saya. Jadikan saya bagus dalam volley juga.”

Tetapi Kramer bersetuju dengan rating FIFA 16 yang menjadikan beliau sebagai pemain yang tidak laju.

“Ya saya tak suka saya jadi pemain lembap dalam FIFA 16. Tapi dalam padang sebenar pun, saya memang lari tak laju.”

Hakan Calhanoglu (Bayer Leverkusen)

Hakan Calhanoglu pula mahukan rating free kick dan shot power-nya dinaikkan.

Beliau juga mahu rating aggression beliau dinaikkan supaya ‘saya boleh memenangi situasi 1 lawan 1’ katanya.

Nuri Sahin (Borussia Dortmund)

Nuri Sahin pula menerima hakikat kejatuhan rating beliau dalam FIFA 16 kerana faktor kecederaan yang dihadapinya.

nurisahin1

Tetapi beliau tetap mahukan rating headers beliau dinaikkan kerana itu adalah kekuatannya, menurut Sahin.

nurisahin11

Baca juga: PES 2016 BOLEH MEMBUATKAN POPULARITI FIFA 16 JATUH

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Reaksi Pemain Bundesliga Kepada Rating FIFA 16 Mereka



Berita Bola Yang Menarik