Reaksi Dato’ Vida Apabila Dicadang Oleh Penyokong Untuk ‘Selamatkan’ Bola Sepak Kelantan

Masalah kewangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelang musim baru bola sepak pada tahun 2016 bukanlah satu rahsia lagi.

Dalam satu status Facebook yang dikeluarkan pada 22 November lepas, pengerusi KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa mengesahkan ‘akaun berakhir dengan terhutang beberapa juta dan kantung kering’.

Beliau juga meluahkan kekecewaannya apabila kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan ‘tidak akan membantu’ pasukan Kelantan pada musim depan.

Entah kemana lagi nasib PASUKAN NEGERI NAK bergantung..Dlm keadaan semua negeri spt Sngor P Pinang Tganu dll melabur…

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Saturday, November 14, 2015

“Dengan keputusan kerajaan negeri TIDAK AKAN MEMBANTU, bererti kita (Kelantan akan bermula) tanpa sebarang modal untuk mulakan musim depan.”

“Penaja juga belum ada. Apakan daya. Seorang individu tentunya tidak terdaya memikul sesuatu yang kerajaan tak mampu pikul” tulisnya.

Selepas menikmati kejayaan demi kejayaan sekitar tahun 2009 hingga 2013, Kelantan kini bergelut untuk mengekalkan kestabilan kewangannya sehingga berdepan masalah untuk membayar gaji pemainnya pada musim lepas.

Tan Sri Annuar Musa sendiri mengaku terpaksa membuat pinjaman bank untuk melangsaikan isu gaji pemain yang tertangguh.

Kemudian, beliau juga mengumumkan KAFA sedang berusaha untuk mengurangkan kos dan bajet kepada satu jumlah yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Berdasarkan post Instagram rasmi TRWFC semalam, KAFA sudah memulakan usaha mereka untuk mengurangkan kos – iaitu dengan ‘secara sukarela beri giliran kepada tenaga baru yang lebih mampu menguruskan bola Kelantan’.

Penyokong-penyokong Kelantan yang memberi komen rata-ratanya mempunyai satu nama yang mereka harapkan mampu ‘memutihkan’ masa depan kewangan KAFA yang gelap ketika ini – usahawan produk kecantikan, Dato’ Seri Vida.

Respon Dato’ Vida

Ketika ditanya oleh kami mengenai permintaan penyokong Kelantan yang mahukannya menyelamatkan bola sepak Kelantan, Dato’ Vida hanya memberi jawapan ringkas dengan emoji ‘terkejut’.

datovida

Baca juga: Penilaian Prestasi Piala Malaysia 2015: Kelantan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN