RB Salzburg Letakkan Syarat Tak Masuk Akal Untuk Man United Dapatkan Sesko

Red Bull Salzburg telah meletakkan tanda harga tak masuk akal kepada Manchester United untuk mendapatkan pemain penyerang mereka, Benjamin Sesko.

Akaun twitter milik kelab dari Austria itu bergurau meletakkan tanda harga yang langsung tak masuk akal kepada Man United yang berminat mahu mendapatkan pemain penyerang berusia 19 tahun itu.

The Red Devils sebelum ini pernah dikaitkan dengan bakal menandatangani pemain penyerang muda itu, namun tiada rundingan lanjut yang dilakukan.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu teruja melihat persembahan Sesko bersama Red Bull Salzburg sepanjang musim lalu.

Pemain penyerang itu berjaya menjaringkan satu-satunya gol ketika aksi perlawanan persahabatan antara Liverpool bertemu Red Bull Salzburg awal pagi tadi.

Sesko menjaringkan gol yang sungguh luar biasa cantik menewaskan Adrian untuk memastikan Red Bull Salzburg mencatatkan kemenangan mereka dalam perlawanan yang dilangsungkan di Red Bull Arena itu.

https://twitter.com/goalsreplayg/status/1552361655660679169?t=GOocTKFDJDzF9eMkeiMeNg&s=19

Selain menjaringkan gol, Sesko turut cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Antara aksi yang paling mencuri tumpuan adalah ketika beliau memperdaya James Milner dengan menggunakan skill yang sungguh luar biasa dasyat.

https://twitter.com/K10Burner/status/1552366686451499009?t=SueuBNUB8ZDRzf32zC-RKw&s=19

Manchester United dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan wonderkid Red Bull Salzburg itu, yang berjaya menjaringkan 12 gol dari 38 penampilan dalam saingan liga bola sepak Austria pada musim lalu itu.

Fabrizio Romano turut pernah melaporkan yang Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat Sesko, dengan Salzburg kemudiannya membalas muat naik tersebut di laman twitter.

“Kami mahukan 300 juta + Bruno (Fernandes).”

Tulis Red Bull Salzburg di laman twitter milik mereka.

Jika sebelum bertemu Liverpool harga Sesko dinilaikan dengan nilai 300 juta dan di tambah Bruno Fernandes, hal itu jelas sekali berubah selepas kejayaan beliau menjaringkan gol bertemu The Reds.

Sebaik tamat perlawanan bertemu Liverpool, admin Red Bull Salzburg memuat naik status baru di laman twitter milik mereka dengan menyatakan bahawa:

“Terkini: Kami sekarang mahu 1 billion, Bruno dan Fred the Red untuk Sesko.”

Walau bagaimanapun, kenyataan itu sebenarnya hanyalah gurauan manja dari admin twitter mereka, yang sepertinya tidak sanggup melihat pemain penyerang itu meninggalkan kelab.

Red Bull Salzburg sendiri sebenarnya hanya meletakkan tanda harga yang masuk akal sahaja untuk melepaskan Sesko pada jendela perpindahan musim panas ini.

Gergasi Austria itu meletakkan tanda harga bernilai £55 juta sahaja untuk mana-mana kelab yang berminat mahu membeli Sesko.

Salzburg walau bagaimanapun menegaskan yang mereka turut berhasrat mahu menyimpan pemain penyerang itu selama satu musim lagi jika tiada tawaran yang diterima.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN