Razman Roslan Dedah Pegawai Melaka United ‘Lari’ Bila Bincang Soal Gaji

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan mendedahkan yang kesukaran untuk mendapatkan gaji yang tertunggak di Melaka United bukan calang-calang.

Beliau yang pernah beraksi bersama kelab itu selama tiga musim mendedahkan yang Melaka jelas sekali sengajar menyukarkan urusan untuk mendapatkan tunggakan gaji.

Bercakap kepada FIFPro, Razman yang kini merupakan sebahagian daripada kepimpinan PFA Malaysia (PFAM) mengatakan yang pegawai atasan Melaka sering melarikan diri ketika mereka cuba mendapatkan penjelasan.

“Kami banyak bercakap mengenai perkara ini dengan pihak kelab tapi susah sangat nak bertemu dengan pihak pengarah.

”Sebaliknya, pengarah cuma hantarkan wakil sahaja untuk bertemu kami. Ada dalam 10 pertemuan, 10 kali jugalah staf akan cakap yang masalah akan diselesaikan tetapi sudahnya tiada pun,” kata Razman.

Adakalanya, Razman mendedahkan yang Melaka tidak membayar gaji selama dua atau tiga bulan.

”Ada masanya mereka akan tangguhkan gaji selama dua atau tiga bulan dan ia sudah menjadi kebiasaan untuk kami tak dapat gaji,” tambah Razman lagi.

Dengan kapasiti beliau dalam PFAM, pastinya Razman akan berjuang untuk mendapatkan haknya serta rakan-rakan.

Dan kerana itu, beliau hampir ditamatkan kontrak oleh Melaka kerana mendedahkan isu masalah gaji kepada media.

Razman mengatakan beliau berbuat demikian kerana ditemuramah oleh seorang wartawan tempatan mengenai isu tunggakan gaji.

Razman yang bercakap atas kapasiti Timbalan Presiden PFAM mendedahkan situasi di Melaka dan itu mengundang rasa tidak senang pihak kelab lalu mahu menamatkan kontraknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN