Razman Roslan Anggap Damion Stewart Gandingan Terbaiknya

Razman Roslan

Pertahanan berpengalaman, Razman Roslan, memilih bekas rakan sepasukannya di Pahang, Damion Stewart sebagai rakan gandingan terbaik sejak dia mula beraksi di Liga Malaysia pada 2005.

Jelas Razman yang pernah bersama Damion dari musim 2013 hingga 2015, mengakui Damion adalah seorang pemain yang ada naluri semulajadi selaku pertahanan tengah selain bijak menggunakan kekuatan fizikal yang dimiliki.

Justeru selaku rakan segandingan, Razman tidak nafikan situasi itu banyak meringankan bebanannya di bahagian pertahanan sekali gus menjadi salah satu pemacu kejayaan Pahang mencipta beberapa kejuaraan.

“Damion bagi saya adalah pertahanan terbaik yang saya pernah bermain bersama dan banyak memori manis bersamanya sepanjang tiga musim di Pahang.

Embed from Getty Images

“ Masa Damion mula datang dulu, jujur saya tidak nampak dia seperti seorang pemain bola sepak seperti kebiasaan kerana melihatkan fizikalnya, dia nampak begitu keras.

“ Namun, apabila dia turun bermain, baharu saya nampak keunikan dimiliki Damion kerana dia bukan jenis pemain yang terlalu banyak menggunakan tenaga sebaliknya tahu masa sesuai merampas atau menghalang bola di kaki pihak lawan.

“ Jelas dia bijak menggunakan kekerasan serta kekuatan fizikal dimilikinya yang sentiasa buatkan mana-mana pemain lawan sukar untuk atasinya.

“ Adanya dia jelas banyak membantu kami terutama di bahagian pertahanan ketika itu di Pahang sehingga banyak kejuaraan berjaya kami raih terutama Piala Malaysia pada 2013 dan 2014 selain Piala FA juga pada tahun 2014, “ katanya.

Best XI Pilihan Razman Roslan

Damion merupakan salah satu pemain pilihan Best XI Razman dalam formasi 3-5-2 yang turut menampilkan Khairul Anuar Baharom dan Shukor Adan di bahagian pertahanan serta Farizal Marlias di posisi penjaga gol.

Selain itu, Razman memilih Safiq Rahim bersama-sama Azammuddin Akil, Amri Yahyah, Badhri Radzi dan Gopi Rizqi membentuk gandingan di bahagian tengah sementara jentera serangan dikemudi Dickson Nwakaeme dan Bambang Pamungkas.

Dalam pada itu, Razman turut berkongsi pandangannya tentang Safiq yang dianggap antara pemain tengah terbaik dimiliki pada era ini di saingan Liga Malaysia.

Dia menjelaskan Safiq mempunyai kualiti teknikal yang tinggi dan serta mempunyai idea di luar kotak ketika mencipta serangan di dalam kawasan pihak lawan.

“ Bagi saya, Safiq selain Amri dan Badhri berada di dalam satu garisan yang sama kerana mereka adalah antara pemain tengah terbaik pada zaman kemuncak prestasi masing-masing.

“ Semua sudah tahu rasanya kualiti dimiliki oleh Safiq terutama dalam visi melakukan hantaran dan tekniknya bersama bola cukup baik malah sentiasa beri masalah besar kepada lawan.

“ Tiap kali bermain dalam satu pasukan, memang kehadiran Safiq menyenangkan hati sepasukan kerana kita tahu kemampuannya dalam merencanakan serangan, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN