Razman Anggap Selangor Belum Mampu Jadi Pencabar JDT, Kedah, Pahang Dan Perak

Kekalahan 1-4 Selangor kepada Terengganu FC 1 (TFC1) pada minggu lepas memberi petanda awal terhadap beberapa kelemahan pasukan itu yang perlu diperbaiki.

Walaupun tewas besar kepada TFC 1, skuad The Red Giants masih menghuni dalam kelompok 3 pasukan teratas unifi Liga Super Malaysia 2018 dengan 6 mata selepas 3 perlawanan.

Namun begitu, bagi kapten pasukan Selangor, Razman Roslan berkata kepada Berita Harian, mengakui pasukannya belum lagi layak bergelar pencabar utama Liga Super musim ini kerana kekalahan kepada TFC1 telah menceritakan segala-galanya.

“Berdasarkan keputusan tiga perlawanan setakat ini serta kedudukan dalam carta liga, ia seolah-olah petanda baik untuk Selangor tapi hakikatnya tidak begitu.

“Saya beranggapan Selangor belum cukup bagus untuk menjadi pencabar kepada pasukan seperti JDT (Johor Darul Ta’zim), Kedah, Pahang dan Perak.

“Saya boleh katakan persembahan kami sangat menakjubkan ketika mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 dan Melaka (United) 4-1. Sebaliknya, prestasi kami sangat mengejutkan apabila dikalahkan pula 4-1 oleh Terengganu.

“Kelemahan utama kami pada perlawanan dengan Terengganu itu adalah kegagalan pemain mengikut taktikal direncanakan jurulatih terutama semasa bertahan.

“Malah, dalam perlawanan itu, kami gagal bermain sebagai satu unit sebagaimana ditunjukkan ketika menentang Kuala Lumpur dan Melaka,” kata Razman.

Sesi latihan pasukan Selangor. FOTO: FA Selangor

Tempoh rehat selama hampir dua minggu adalah masa terbaik untuk The Red Giants memperkemaskan pasukan mereka sebelum bertemu Pahang pada 24 Februari ini.

Razman turut berkata Selangor perlu konsisten dalam setiap perlawanan jika mahu bergelar pencabar utama dalam Liga Malaysia.

“Jarak mata semua pasukan tidak banyak beza, justeru Selangor perlu konsisten dalam setiap perlawanan jika mahu bergelar pencabar utama,” kata pemain berpengalaman itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN