“Razlan Pengadil Terbaik Di Malaysia” – Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Pengendali utama Penang iaitu Akmal Rizal Ahmad Rakhli tampil dengan pujian yang dianggap berbaur sinis kepada salah seorang pengadil tempatan iaitu Razlan bin Joffri Ali.

Sindiran yang dikatakan itu keluar selepas aksi Liga Super 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Penang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri semalam.

Pada aksi tersebut, Penang gagal untuk memberi tentangan lebih sengit kepada tuan rumah apabila mereka mencatat kekalahan besar 0-5 bersama aksi kurang menyakinkan.

Lima jaringan JDT terhasil menerusi Oscar Arribas, dua ledakan Jorge Obregon, Bergson, serta bintang muda Harimau Malaya iaitu Arif Aiman bin Hanapi.

Penang yang memperkenalkan penyerang import baharu pada aksi ini iaitu Dylan Wenzer Halls gagal untuk tampil lebih berbisa walaupun ada beberapa gerakan positif dijelmakan beliau.

Antara mencuri tumpuan pada aksi tersebut sudah tentu terarah kepada pengadil bertugas iaitu Razlan yang dianggap oleh sesetengah peminat menerusi media sosial kurang konsisten daripada segi keputusan dibuat.

Sepanjang aksi berlangsung, Razlan telah pun memberikan tiga sepakan penalti kepada JDT dengan dua daripadanya disempurnakan oleh Bergson serta Arif Aiman.

Keputusan yang dibuat oleh Razlan itu jelas menimbulkan perasaan kurang menyenangkan buat Akmal dan kem Penang sehingga beliau tampil dengan suatu kenyataan berbaur sinis seusai perlawanan.

“Saya rasa saya tak boleh komen kerana Razlan adalah pengadil terbaik yang ada di Malaysia. Jadi saya rasa tepat keputusan dilakukan beliau, oleh itu semua yang tengok boleh nilai sendiri.

“Jadi saya akan sediakan pasukan lebih baik pada perlawanan akan datang,” ulas Akmal menerusi perkongsian video dibuat oleh Penang Brotherhood dari saluran TV Okey.

Isu kualiti pengadil di Malaysia sebenarnya bukan suatu yang baharu kerana ia sering dipertikaikan oleh sesetengah peminat di media sosial.

Walaupun memiliki sistem Video Assistant Referee (VAR), konsistensi dan kelemahan kualiti ditampilkan barisan pengadil tempatan jelas masih kurang menyenangkan dalam kalangan peminat.

Bagaimana pandangan anda tentang kualiti pengadil pada perlawanan tersebut? Adakah kualiti ditampilkan oleh Razlan kurang memberangsangkan pada aksi itu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN