Sky Sports melaporkan Tottenham Hotspur dilaporkan sudah menghantar rayuan kepada Premier League untuk memastikan Harry Kane dikreditkan gol kedua Spurs ketika menentang Stoke pada minggu lalu.
Dalam twitter rasmi Harry Kane, beliau sendiri masih yakin yang gol itu adalah milik beliau.
Another great away win. Definitely claiming that goal, flicked off my shoulder on the way in. @GaryLineker and @alanshearer will clear that one up on @BBCMOTD 😀 #COYS #THFC #PremierLeague pic.twitter.com/jIDF7cLf3d
— Harry Kane (@HKane) April 7, 2018
Kane dalam persaingan untuk Anugerah Kasut Emas EPL. Namun sebelum ini beliau memberitahu, beliau tak kisah tentang anugerah itu dan keutamaan adalah kepada pasukan.
https://twitter.com/MusIimFC/status/982762904268107776
Dalam perlawanan menentang Stoke, Christian Eriksen melakukan sepakan percuma yang terus ke gawang selepas berlaku penjaga gol hanya terpaku menjangkakan bola itu ditanduk oleh Kane.
Namun Premier League mendapati, tiada sentuhan daripada Kane dan kredit gol diberikan kepada Eriksen.
Kini Tottenham Hotspur mahu membantu Kane dalam usaha menuntut gol itu untuk meningkatkan lagi peluang Kane memenangi kasut emas.
Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Kane berkata:
“Itu sudah pastinya gol saya. Ianya terkena bahu saya dan masuk. Saya bersumpah itu, gol saya. Ia daripada bahu saya. Saya tak kisah (apa orang kata), itu gol saya.”
Eriksen pula tidak kisah dengan gol itu diberikan kepada Kane. Beliau berkata:
“Saya tak tahu. Kane meraikan gol itu sebagai gol dia dan saya jangkakan bola itu terkena beliau, saya akan dapat ‘assist’. Tidak mengapa.”
“Sudah tentunya orang akan bercakap tentangnya, tetapi kamera akan menentukan ianya betul atau tidak. Saya rasa betul.”
Tinjauan oleh Sky Sports, ramai yang yakin bahawa gol itu milik Eriksen.
POLL: Sky sources understand @SpursOfficial have appealed their second goal against Stoke that was awarded to Christian Eriksen.
Tottenham think Harry Kane scored it – but who do you think it should be awarded to? 🤔
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 9, 2018
Namun ada juga yang memuat naik imej ini untuk menyokong kenyataan Kane.
Looking at this image, Harry Kane has a case on scoring Tottenham's 2nd goal at Stoke City.
If confirmed Kane will become the 3rd player to score 25 Premier League goals in three consecutive seasons, after Henry and Shearer. pic.twitter.com/XZIIPo7aZS
— Jules Tottenham Bevis 📃 🖊 (@julesbevis) April 8, 2018
Jom saksikan gol itu di sini:
Apa pandangan anda pula? Kongsikan dengan kami.