Semua peminat sedia maklum bahawa delegasi FAM-FMLLP kini sedang berada di Sepanyol sempena dengan World Football Summit.
Selepas itu, delegasi Malaysia telah meluangkan masa untuk beberapa sesi dengan pihak La Liga. Sebelum ini, mereka sempat bertemu dengan pihak La Liga membincangkan isu pengadil dan juga pengurusan liga mereka.
Pada hari ketiga lawatan mereka, pihak FAM dan FMLLP telah berkunjung ke Rayo Vallecano. Kelab kecil yang mampu bersaing dalam liga utama Sepanyol. Rayo pernah beraksi dalam kempen La Liga 2015/16.
Delegasi dari Malaysia sempat melihat sendiri keadaan di sekitar kelab tersebut termasuk pusat latihan mereka.
Seterusnya, ada sesi perbincangan dan perkongsian idea di antara delegasi dengan pihak pengurusan Rayo Vallecano.
Delegasi diberikan taklimat cara pengurusan kelab kecil seperti Vallecano dalam bersaing dalam liga utama di Sepanyol. Bagaimana kewangan kelab diuruskan dengan baik supaya menepati piawaian yang dietapkan oleh La Liga.
Selain itu, Rayo Vallecano turut berkongsi cara mereka menguruskan pencarian bakat, pasukan junior, simpanan dan pasukan utama. Apakah perkaitan di antara semua itu.
Selepas Vallecano, delegasi Malaysia ini akan pergi ke kelab yang lebih besar dan memiliki sejarah yang sangat baik iaitu Valencia.
Satu usaha yang harus dipuji. Langkah seperti ini perlu untuk pengurusan liga kita membuka mata kepada cara pengurusan liga luar negara.
Seterusnya, ilmu yang ada boleh dibawa ke Malaysia untuk dikongsikan dengan pengurusan pasukan-pasukan yang ada di dalam negara kita dan juga pasukan kebangsaan.
Diharap delegasi FAM-FMLLP kali ini mendapatka seberapa banyak input yang boleh dari Sepanyol.