Bekas pemain Arsenal yang merupakan anggota skuad ‘Invincibles’, Ray Parlour berpendapat The Gunners tidak mampu untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 di kedudukan empat pasukan teratas.
Hakikat itu ada kebenarannya apabila skuad kendalian Mikel Arteta itu sedang menghuni tangga ke- 13 dengan 20 mata selepas mengharungi 16 perlawanan.
Meskipun Arsenal sudah menunjukkan peningkatan dengan dua kemenangan yang diraih tetapi Parlour merasakan sukar buat pasukan tersebut untuk menempah tiket ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.
”Mereka tidak akan berjaya menembusi kedudukan empat pasukan teratas,” ujar Parlour menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Mereka terlalu jauh di belakang dan terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi.”
”Saya tahu pasukan yang berada di atas juga sudah merosot tetapi saya tidak dapat melihatnya [Arsenal dapat melonjak ke tangga keempat].”
”Terdapat empat pasukan yang lebih baik berbanding Arsenal pada ketika ini. Pada pendapat saya, tempat keenam adalah keputusan terbaik yang mampu mereka capai.”
”Pada permulaan musim, selepas memenangi Piala FA, mereka membuat beberapa pemain yang bagus. Thomas Partey dilihat tidak begitu berada dalam pasukan pada ketika ini.”
”Dia akan menjelmakan perbezaan besar di kawasan tengah, lebih banyak pergerakan. Lihat kepada pasukan, Liverpool, Manchester City, Tottenham Hotspur akan baik-baik sahaja.”
”Chelsea juga akan kembali bagus apabila mereka mendapat kembali pemain mereka, Leicester City, Manchester United, jadi ia akan menjadi cukup sukar [buat Arsenal],” tambah Parlour lagi.
Kredit featured image: Clive Rose/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:
2 Pemain Yang Perlu Arteta Beli Januari Ini Untuk Pulihkan Arsenal
Selepas Arsenal Teruk Dibelasah City, Guardiola Kata Silap Besar Jika Arteta Dipecat