Raul Tarragona Buat Keputusan Mengejut Tinggalkan Pasukan Kelantan

Penyerang dari Uruguay, Raul Tarragona kini bukan lagi pemain pasukan Kelantan setelah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak dengan skuad itu berkuatkuasa serta merta semalam.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui laman facebook Kelantan FA, keputusan itu dibuat melalui perbincangan bersama tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Keputusan ini dibuat melalui persetujuan bersama antara beliau dan pengurusan Kelantan Red Warriors pada kelmarin sehingga satu kata putus tercapai dengan melepaskannya dari bersama pasukan hari ini (semalam),” katanya.

Tarragona turut menghargai sokongan padu para penyokong Kelantan selama ini dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

“Beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat pasukan bolasepak Kelantan yang memberi sokongan kepadanya ketika bersama pasukan.

“Pihak pengurusan Kelantan Red Warriors turut mengucapkan terima kasih diatas sumbangannya membantu pasukan dalam beberapa perlawanan sebelum ini,” jelas kenyataan tersebut.

Raul Tarragona menjaringkan gol ketikan menentang Terengganu City FC II. FOTO: Kelantan FA

Raul yang ditandatangani pada 29 Januari lalu membuat empat penampilan daripada lima aksi perlawanan Liga Premier 2019 dan mencipta satu jaringan gol dalam perlawanan terakhirnya, Jumaat lalu.

Penyerang berusia 32 tahun itu hadir ke Kelantan dengan reputasi rekod cemerlang bersama kelab Korea Selatan, Arsan Greeners apabila menyumbat 25 gol sepanjang bersama kelab yang beraksi dalam K League 2 itu musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN