Raul Longhi Tidak Puas Hati Dengan Keadaan Padang Stadium Vinh

Juara Liga Super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal bermain baik sehingga tewas 2-0 kepada kelab Vietnam, Song Lam Nghe An dalam aksi kedua peringkat Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Vinh, Vietnam, semalam.

Keadaan padang di stadium tersebut ternyata tidak memuaskan dikatakan antara punca pasukan Harimau Selatan itu gagal beraksi dengan baik.

Munurut jurulatih sementara JDT, Raul Longhi, keadaan padang itu menyukarkan anak buahnya yang cuba bermain hantaran pendek selain mengakui mempunyai masalah di bahagian tengah.

“Pada separuh masa pertama, kami mempunyai masalah di bahagian tengah. Keadaan padang juga tidak berapa bagus bagi kami.

“Kami cuba untuk bermain bola dengan hantaran pendek namun keadaan padang agak menyukarkan kami. Jika kami bermain hantaran jauh pula, ia akan memudahkan pasukan lawan,” katanya seperti dipetik melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers.

Namun begitu, beliau tetap memuji prestasi anak buahnya ketika separuh masa kedua dan tidak sabar untuk bertemu pasukan yang sama di Larkin nanti.

“Prestasi para pemain kami pada separuh masa kedua adalah lebih baik daripada separuh masa pertama. Song Lam merupakan satu pasukan yang hebat.

“Namun apabila kita bermain sekali lagi di Larkin, saya merasakan ia akan menjadi satu perlawanan yang berbeza kerana kami mempunyai padang yang baik untuk bermain bola sepak,” ujarnya.

JDT akan menghadapi pasukan dari Liga Perdana, Sabah di pusingan kedua Piala FA pada hari sabtu ini.

Selepas itu, mereka akan berlepas ke Singapura untuk menghadapi kelab Tampines Rovers pada 6 Mac untuk perlawanan ketiga saingan peringkat kumpulan Piala AFC.

Tugas berat menanti mereka apabila turut dijadualkan menentang pasukan kedudukan kedua Liga Super ketika ini iaitu Terengganu FC di tempat lawan.

Rekod JDT di tempat lawan setakat ini tidak begitu baik apabila tewas dalam 3 perlawanan berturut-turut iaitu kepada Muangthong United (2-5), Kuala Lumpur (0-1) dan Song Lam Nghe An (0-2).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN