Raul Longhi Tak Puas Hati Dengan Prestasi Pemain JDT

Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan permulaan yang sukar dalam saingan Piala FA musim ini apabila terpaksa berhempas pulas selama 120 minit sebelum berjaya menewaskan pasukan dari Borneo, Sabah dengan jaringan 2-1 di Stadium Likas semalam.

Walaupun JDT menang dan telah tempah tiket ke pusingan yang seterusnya, namun begitu, pengendali sementara skuad itu, Raul Longhi masih belum berpuas hati dengan prestasi pemainnya seperti ditunjukkan malam tadi.

“Saya gembira dengan keputusan pada malam tadi tetapi saya tidak berpuas hati dengan prestasi permainan pemain-pemain kami.

“Saya faham mereka kepenatan selepas kembali daripada perlawanan yang sukar dalam kejohanan Piala AFC sebelum ini. Kemudian tidak sampai satu hari pulang, kami perlu mengharungi perjalanan ke Sabah untuk perlawanan pusingan kedua Piala FA,” katanya seperti dipetik dalam laman JOHOR Southern Tigers (JST).

Pada aksi semalam, pasukan gergasi dari Selatan itu dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh pasukan tuan rumah menerusi pemain import mereka, Lee Gil Hoon pada minit ke-23.

JDT cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan namun mereka buntu. Pasukan Sabah berjaya bertahan dengan baik dan penuh disiplin untuk memastikan mereka masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 1 gol.

“Saya tidak berpuas hati dengan karakter pemain kami pada separuh masa pertama.

“Pada separuh masa kedua baru saya dapat lihat mereka kembali bermain dengan semangat juang yang tinggi,” katanya.

Gonzalo Cabrera muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan JDT ke atas Sabah. FOTO: JST

Semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh pasukan Sabah turut mendapat pujian daripada Longhi yang menganggap pasukannya lebih bernasib baik.

“Walau apa pun saya ucapkan syabas kepada pasukan Sabah yang telah bermain dengan baik. Mereka telah menunjukkan semangat juang dan prestasi yang tinggi.

“Kami bernasib baik dapat menang. Tetapi itulah bola sepak. Kadang-kadang anda bermain dengan teruk boleh menang dan kadang-kadang anda bermain dengan baik juga boleh tewas.

“Syabas juga saya ucapkan kepada para pemain JDT. Saya berharap mereka dapat menunjukkan semangat juang yang lebih tinggi lagi pada perlawanan akan datang,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN