Raul Longhi Akui JDT Hadapi Sedikit Kesukaran Beraksi Di Padang Sintetik

Pengendali sementara Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi masih lagi mencari kemenangan pertama beliau dalam saingan AFC. Setakat ini, Raul Longhi sudah mengendalikan 2 perlawanan Piala AFC dengan  1 keputusan seri dan 1 kekalahan direkodkan setakat ini.

Beliau tetap tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya walaupun berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata ke atas kelab dari Singapura, Tampines Rovers apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar semalam.

“Perlawanan bertemu pasukan Tampines Rovers merupakan satu perlawanan yang sukar. Kami mempunyai banyak masalah seperti beberapa pemain mengalami kecederaan.

“Namun JDT tetap berusaha untuk bangkit bagi meneruskan perlawanan dan melakukan serangan. Penjaga gol mereka juga sering memberikan bola jauh dan ia baik untuk kami namun kami tidak mempunyai banyak peluang pada separuh masa kedua,” katanya seperti dipetik melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers (JST).

Longhi turut mengakui pasukannya mempunyai sedikit masalah di bahagian pertahanan dan terpaksa memasukkan Harris Harun beraksi di posisi itu.

“Mengenai perlawanan ini, kami mempunyai sedikit masalah di bahagian tengah pertahanan dan kami perlu mengubahnya. Hariss dimasukkan di bahagian tengah kerana saya lebih suka beliau bermain di posisi itu.

“Beliau telah berada di posisi tersebut untuk banyak perlawanan sebelum ini dan bagi saya ia amat penting kerana beliau bermain dengan sangat baik serta merupakan antara pemain penting JDT di bahagian tengah,” katanya.

Mereka juga cuba bermain corak hantaran pendek di padang sintetik dan Longhi mengakui JDT menghadapi sedikit kesukaran untuk beraksi di atas padang tersebut.

“Para pemain kami telah cuba bermain dengan mengunakan taktikal hantaran pendek dalam perlawanan ini dan ia agak sedikit sukar di atas padang sintetik.

“Namun inilah bola sepak. Padang kami berbeza dan saya menjangkakan Tampines Rovers akan mengalami sedikit kesukaran untuk bermain di padang kami memandangkan mereka sentiasa bermain di atas padang sintetik.

“Kami walaubagaimanapun hanya berjaya membawa pulang satu mata sahaja. Oleh itu kami perlu memenangi perlawanan berikutnya di Larkin ketika menentang lawan yang sama iaitu Tampines Rovers. Kami akan cuba sehabis baik untuk memenangi tiga mata penuh dalam perlawanan bertemu Tampines Rovers di Larkin nanti,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN