Ratu Tisha Yakin Akan Keselamatan Penyokong Garuda Di SNBJ

Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memberi jaminan terhadap keselamatan penyokong Indonesia yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Malaysia akan melayan kunjungan Indonesia dalam perlawanan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sebagai pasukan pelawat, Indonesia diperuntukkan 5% kuota daripada tiket perlawanan, bersamaan dengan 4,500 keping tiket. PSSI dilaporkan akan menjual tiket tersebut secara berperingkat,

Bercakap kepada Sport Detik, Ratu Tisha berkata PSSI yakin pihak tuan rumah akan menyediakan langkah keselamatan yang sewajarnya demi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

“Perincian [jumlah anggota keselamatan] kami tidak tahu. Satu perkara yang jelas, mereka [FAM dan PDRM] akan menjaga [penyokong] dengan baik ketika mereka di sana,” ujar beliau ketika ditemui pemberita.

“Jadi insya Allah mudah-mudahan semuanya lancar.”

Dalam pertemuan pertama melibatkan kedua-dua pasukan pada September lalu, penyokong Malaysia yang berkunjung ke Stadium Utama Gelora Bung Karn0 (SUGBK) menjadi sasaran balingan objek keras oleh penyokong Indonesia.

Malah pengadil terpaksa bertindak menghentikan perlawanan seketika selepas beberapa penyokong Indonesia bertindak menceroboh kawasan tempat duduk penyokong Malaysia.

Selesai perlawanan, rusuhan turut dilaporkan berlaku di luar stadium, dan penyokong Garuda dilaporkan bertempur dengan pihak polis.

Kes tersebut dilaporkan oleh FAM kepada FIFA. PSSI kemudiannya didenda RM190,000 atas dakwaan gagal mengawal penyokong.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN