Rating Pemain Uruguay VS Portugal, Cavani Tajam Di Hadapan Gol

Uruguay menyingkirkan Portugal untuk menempah pertemuan dengan Perancis di peringkat suku akhir Piala Dunia 2018.

Uruguay

Fernando Muslera – 7

Beraksi baik secara keseluruhan dalam perlawanan ini. Menafikan 4 percubaan Portugal.

Martin Cecares – 6.5

Kurang tepat melebihi separuh daripada hantaran beliau. Selebihnya beraksi baik di bahagian pertahanan.

Jose Gimenez – 7

Cukup cemerlang di bahagian pertahanan dengan melakukan 9 clearance dalam perlawanan ini.

Diego Godin – 7

Turut beraksi cemerlang berpasangan dengan Jose Gimenez dalam perlawanan ini.

Diego Laxalt – 7

 

Memenangi 9 daripada 11 duel beliau dalam perlawanan ini.

Matias Vecino – 6.5

Memperoleh 80% kadar hantaran beliau dalam perlawanan ini.

Lucas Torreira – 7

Digelecek 4 kali oleh pemain lawan. Namun begitu, beliau cukup kompetitif di tengah padang.

Nahitan Nandez – 6

Hanya berjaya memenangi 8 daripada 22 duel beliau dalam perlawanan ini. Mengecewakan.

Digantikan pada minit ke-81.

Rodrigo Bentacur – 7.5

Melakukan 1 hantaran penting yang mendorong kepada bantuan gol untuk gol kedua Uruguay.

Digantikan pada minit ke-63.

Luis Suarez – 7.5

Cemerlang membantu pasukan dan turut menyumbang bantuan gol untuk Uruguay.

Edinson Cavani – 9

Jelas pemain terbaik Uruguay dalam perlawanan ini dengan 2 gol. Digantikan pada minit ke-74.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 30: Edinson Cavani of Uruguay celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Uruguay and Portugal at Fisht Stadium on June 30, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Pemain gantian

Christian Rodriguez – 6.5

Tidak banyak impak yang diberikan oleh beliau dalam perlawanan ini.

Christian Stuani – 6.5

Terlibat dalam beberapa gerakan memburu gol namun tidak begitu efektif.

Carlos Sanchez – N/A

Tiada rating untuk beliau kerana beraksi di bawah 10 minit.

Portugal

Rui Patricio – 5.5

Jarang diuji dalam perlawanan ini namun apabila diuji beliau bolos 2 gol.

Ricardo Pereira – 6

Aktif membantu serangan Portugal namun melakukan 3 kekasaran.

Pepe – 7

Menjaringkan gol penyamaan buat Portugal dalam perlawanan ini.

Jose Fonte – 6.5

Beraksi baik bersama-sama Pepe di posisi pertahanan tengah.

Raphael Guirreiro – 7

Melakukan 1 bantuan gol untuk Portugal. Cukup rajin untuk membantu serangan Portugal.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 30: Raphael Guerreiro of Portugal is challenged by Martin Caceres of Uruguay during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Uruguay and Portugal at Fisht Stadium on June 30, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Joao Mario – 6.5

Membuat 3 hantaran penting dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-85.

William Carvalho – 6.5

Melakukan 2 hantaran penting dalam perlawanan ini. 15 daripada 16 hantaran jauh beliau berjaya disempurnakan. Cemerlang!

Adrien Silva – 6

Memperoleh kadar hantaran tepat 91% dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-65.

Bernardo Silva – 6.5

Menghadirkan bahaya kepada Uruguay dengan melakukan 4 hantaran penting tetapi beliau melepaskan 1 peluang keemasan.

Cristiano Ronaldo – 6

Percubaan beliau banyak dihalang pertahan Uruguay. Turut mengutip kad kuning dalam perlawanan ini.

Goncalo Guedes – 6

Hanya melakukan 1 percubaan tepat dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-74.

Pemain gantian

Ricardo Quaresma – 6.5

Memberikan sinar kepada Portugal menerusi persembahan beliau. Melakukan 1 hantaran penting.

Andre Silva – 6

Tiada impak besar dari beliau dalam perlawanan ini.

Manuel Fernandes – N/A

Tiada rating untuk beliau kerana beraksi bawah 10 minit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN