Rating Pemain Tunisia vs England, Harry Kane Selamatkan Maruah England

Rating

Kemenangan dramatik England menerusi jaringan minit akhir dari Harry Kane jelas begitu menghampakan Tunisia yang dilihat begitu bersemangat untuk melakukan kejutan terhadap England.

Berikut adalah rating para pemain dari Semuanya BOLA.

Tunisia 

Mouez Hassen – 6.0

Bermula cemerlang dengan melakukan dua cubaan menyelamatkan gawangnya dari dibolosi.

Dibolosi satu gol sebelum terpaksa dikeluarkan pada minit ke-15 selepas mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Dylan Bronn – 7.0

Hantaran lintang beliau ke arah pintu gol England mengakibatkan Kyle Walker melakukan kekasaran terhadap Fakhreddine Ben Youssef.

Berjaya melakukan 2 interceptions sepanjang perlawanan.

Syam Ben Youssef – 6.5

Berupaya melakukan 4 bentesan dalam 90 minit perlawanan serta menghalang satu rembatan dari pemain England dalam kotak penalti.

Yassine Meriah – 6.0

Mencipta 12 hantaran jauh kepada rakan sepasukan. Enam daripadanya merupakan hantaran tepat.

Ali Maaloul – 6.0

Satu kesilapan telah dilakukan sekaligus memberikan peluang kepada pemain England untuk melakukan percubaan ke arah pintu gol.

Beraksi di bahagian pertahanan kiri, beliau mencatatkan 91% ketepatan hantaran.

Ellyes Skhiri – 6.0

Pemain tengah bertahan ini telah memenangi 5 daripada 11 perebutan bola di udara.

Fakhreddine Ben Youssef – 7.0

Pemain yang dikasari oleh Kyle Walker untuk memberikan sepakan penalti buat Tunisia.

Satu-satunya sumbangan yang bermakna dari beliau.

Tidak banyak yang dapat dilakukan, pergerakannya dibayangi oleh Ashley Young di sebelah kiri kawasan England.

Ferjani Sassi – 6.5 

Sumbangan paling bermakna yang dapat dilihat adalah berjaya menyempurnakan sepakan penalti buat Tunisia bagi menyamakan kedudukan.

Impak kurang berkesan dalam menggerakkan bahagian tengah.

Anice Badri – 6.0

Mencatatkan 93% ketepatan hantaran dengan 31 hantaran tepat berjaya dilakukan.

Turut gagal memberikan sumbangan yang baik dalam membantu jentera serangan.

Naim Sliti – 6.0

Begitu pasif pada perlawanan ini walaupun beliau merupakan seorang pemain sayap kiri.

Tiada hantaran lintang mahupun hantaran yang berkualiti buat penyerang dari pemain ini.

Dikeluarkan pada minit ke-74.

Wahbi Khazri – 6.0

Pemain di bahagian serangan yang langsung tidak mempunyai sebarang percubaan ke arah pintu gol England.

Aksi pertama selepas berehat sejak April mungkin menjadi faktor beliau kurang menyumbang pada perlawanan ini.

Dikeluarkan pada minit ke-85.

Pemain simpanan

Farouk Ben Mustapha – 6.5

Masuk bagi menggantikan Mouez Hassen pada minit ke-15.

Berjaya menafikan tiga percubaan berbahaya dari England.

Hampir menamatkan perlawanan tanpa dibolosi sebarang gol, namun kecewa apabila Harry Kane menanduk masuk bola pada masa kecederaan.

Mohamed Amine Ben Amor – 6.0

Sempat beraksi selama 16 minit setelah menggantikan Naim Sliti.

Tidak mampu memberikan sumbangan yang lebih berkesan buat Tunisia selepas kemasukannya.

Saber Khalifa – N/A

Beliau hanya masuk pada 5 minit terakhir permainan (tidak termasuk waktu kecederaan), jadi tiada rating diberikan.

England

Jordan Pickford – 6.0

Langsung tidak diuji barisan serangan Tunisia melainkan sepakan penalti yang dihadapinya.

Berjaya melakukan agakan yang tepat terhadap sepakan penalti yang diambil Ferjani Sassi, namun tidak cukup untuk menyelamatkan sepakan tersebut.

Kyle Walker – 6.0

Melakukan 71 hantaran tepat dengan peratusan yang agak tinggi (94%).

Tidak begitu diberikan cabaran namun kekasaran yang dilakukannya dalam kotak penalti telah memberikan sepakan penalti buat Tunisia.

John Stones – 7.5

Tenang mengemudi jentera pertahanan bertiga bersama Kyle Walker dan Harry Maguire.

Sering membantu bahagian serangan ketika situasi sepakan penjuru.

Terlibat dengan jaringan pertama yang dihasilkan oleh Harry Kane.

Melakukan 73 hantaran tepat sepanjang perlawanan.

Harry Maguire – 7.5

Pertahanan yang cenderung untuk membantu bahagian serangan terutamanya menerusi tandukan.

Mencipta bantuan jaringan terhadap gol kedua Harry Kane.

Beliau turut melakukan satu percubaan tepat dan dua percubaan tersasar.

Ashley Young – 7.0 

Memberikan bantuan yang baik buat jentera pertahanan dan serangan.

Larian ‘overlap’ dari Young sedikit sebanyak berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan kanan Tunisia.

Terlepas peluang dari satu sepakan percuma di kedudukan baik, namun percubaannya tersasar.

Jordan Henderson – 7.0

Satu percubaan tepat berjaya dihasilkan menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti.

Beliau berjaya memenangi 6 perebutan di udara serta melakukan 54 hantaran tepat pada perlawanan ini.

Dele Alli – 6.5 

Aksi dipamerkan tidak seperti di tahap terbaiknya dengan hanya mencatatkan satu ‘key pass’ kepada rakan sepasukan.

Namun, Alli masih berjaya melakukan dua percubaan tepat dan satu percubaan yang mengenai tiang gol.

Dikeluarkan pada minit ke-80.

Jesse Lingard – 6.5

Terlepas peluang keemasan pada lewat aksi babak pertama apabila kuisan dari Lingard yang sudah menewaskan penjaga gol Tunisia terkena tiang gol.

Kieran Trippier – 8.0

Salah seorang pemain yang efektif buat England apabila beliau berjaya menghasilkan 7 ‘key passes’ dalam memberikan ruang untuk rakan sepasukannya mencipta jaringan.

Banyak melakukan hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Tunisia. Turut berjaya memenangi 6 perebutan di udara.

Raheem Sterling – 7.0

Digandingkan dengan Harry Kane sebagai sandaran di bahagian serangan.

Gagal memberikan impak yang berkualiti apabila langsung tidak mempunyai percubaan dilakukan.

Keadaan tersebut menyebabkan beliau dikeluarkan pada minit ke-68.

Harry Kane – 8.0

Dua jaringan yang dihasilkannya sekaligus memberikan kemenangan pada perlawanan sulung ini sudah cukup untuk menjadikan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kane bijak menghidu peluang dan berada di posisi yang tepat untuk menyempurnakan dua jaringan dari situasi bola mati tersebut.

Pemain simpanan

Marcus Rashford – 6.0

Dimasukkan sebagai pertukaran taktikal setelah menggantikan Raheem Sterling.

Bagaimanapun kemasukannya gagal memberikan impak yang diharapkan.

Ruben Loftus-Cheek – 6.5

Hanya sempat beraksi selama 10 minit (tidak termasuk masa tambahan) selepas menggantikan Dele Alli.

Kemasukan dalam masa yang singkat memberikan sedikit tekanan buat pertahanan Tunisia.

Eric Dier – N/A

Beliau hanya masuk pada masa tambahan bagi menggantikan Jesse Lingard, jadi tiada rating diberikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN