Sweden merakam kemenangan tipis menewaskan Korea Selatan hasil bantuan sistem VAR dalam aksi perlawanan yang agak perlahanan dari segi tempo.
Sweden
Robin Olsen – 7
Tidak banyak diuji oleh penyerang Korea Selatan. Belum sempat bola sampai ke dakapan beliau, pertahan Sweden sudah memintasnya.
Ludwig Augustinsson – 7
Berhadapan dengan Son Heung-min yang beraksi di sebelah kanan. Namun beliau berjaya meminimakan impak Son di posisi tersebut.
Andreas Granqvist – 8
Keras sebagai pertahanan, tajam sebagai penjaring gol. 1 markah tambahan untuk kapten Sweden!
Pontus Jansson – 7
Menggantikan Victor Lindelof disaat akhir yang tidak sihat. Merupakan penggantian yang cukup baik untuk pertahan Sweden.
Mikael Lustig – 8
Berkemungkinan pemain terbaik Sweden pada malam ini. Teraju utama serangan menerusi hantaran lintang beliau, namun ia gagal disudahkan oleh penyerang Sweden.
Emil Forsberg – 7
Kurang memberikan impak dalam melakukan serangan. Mempunyai satu peluang keemasan namun dipersiakan.
Albin Ekdal – 7
Berjaya memenangi pertarungan di bahagian tengah terutamanya di separuh masa pertama. Dikeluarkan di separuh masa kedua.
Sebastian Larsson – 7
Melakukan hantaran baik terutamanya dalam situasi bola mati. Turut bersama Ekdal dalam usaha menguasai bahagian tengah.
Viktor Claesson – 6.5
Terlibat dalam majoriti usaha serangan Sweden ke pintu gol. Permainan agresif beliau membuatkan rating beliau sedikit rendah berbanding yang lain.
Ola Toivonen – 7
Mempunyai 2 peluang terhidang untuk menjaringkan gol namun gagal disudahkan. Kehadirang fizikal beliau membuatkan dirinya menyukarkan pertahanan Korea Selatan untuk menyekat beliau.
Marcus Berg – 6
Pemain Sweden paling teruk di atas padang. Mempunyai 2 peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun gagal disudahkan. Hari ini bukan hari beliau.
Pemain gantian
Isaac Kiese Thelin – 6.5
Masuk di penghujung permainan, tidak memberikan banyak kesan kepada permainan.
Gustav Svensson – N/A
Beliau hanya masuk pada 9 minit terakhir permainan (tidak termasuk waktu kecederaan), jadi tiada rating diberikan.
Oscar Hiljemark – 6.5
Menggantikan Ekdal di bahagian tengah untuk meneruskan kestabilan yang ditinggalkan pemain itu sebelum ini.
Korea Selatan
Cho Hyun-woo – 8
Pemain terbaik Korea Selatan pada malam ini. Jika tidak kerana VAR, Cho pastinya akan memperoleh clean sheet. Beliau turut melakukan beberapa tepisan penting untuk menafikan Sweden terutamanya dari percubaan Berg.
Park Joo-ho – 6
Hanya mampu beraksi selama 28 minit sahaja selepas mengalami kecederaan hamstring. Semoga cepat sembuh!
Kim Young-gwon – 6.5
Melakukan satu terjahan penting iaitu menafikan Berg ketika pemain itu dalam usaha menjaringkan gol dari jarak dekat.
Jang Hyun-soo – 6
Bahagian tengah Korea Selatan sering bocor apabila Sweden melakukan combination play. Sweden berjaya melakukan serangan selepas berjaya melepasi bahagian pertahanan tengah.
Lee Yong – 6.5
Beraksi baik dalam melakukan kerja-kerja bertahan, beraksi teruk apabila melakukan kerja-kerja membantu bahagian serangan.
Lee Jae-sung – 6
Gagal menguasai tengah dengan baik. Formasi 3 pemain tengah Korea Selatan tidak berjaya digerakkan dengan sempurna.
Ki Sung-yueng – 6.5
Ki menjalankan tugas melindungi 2 pertahanan tengah Korea Selatan dengan baik. Beliau turut melakukan terjahan penting menafikan Toivonen.
Koo Ja-Cheol – 6
Gagal memberikan impak di bahagian tengah. Dikeluarkan di separuh masa kedua.
Son Heung-min – 6.5
Son banyak mencuba untuk hidupkan serangan Korea Selatan namun sokongan dari rakan sepasukan sering membuatkan beliau hilang arah.
Kim Shin-wook – 6
Impak yang diberikan beliau tidak cukup besar, hanya impak memperoleh kad kuning sahaja yang meninggalkan kesan.
Hwang Hee-chan – 6
Gagal menyempurnakan peluang di minit terakhir permainan. Turut memperoleh kad kuning.
Pemain gantian
Lee Seung-woo – 6
Tidak memberikan impak yang diharapkan apabila masuk sebagai pemain gantian.
Kim Min-woo – 5.5
Pemain yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Sweden. Berhak untuk memperoleh rating yang rendah.
Jung Woo-young – 6
Sama seperti pemain gantian yang lain, Jung tidak memberikan impak yang diperlukan Korea Selatan.