Rating Pemain Senegal vs Poland, Niang Efektif, Lewandowski ‘Hilang’

Senegal berjaya mengatasi Poland 2-1 dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan dalam Piala Dunia 2018.

Poland

Szczesny – 5

Beliau hanya berhadapan dengan 2 percubaan tepat daripada Senegal dan kedua-duanya masuk.

Piszczek – 6

Banyak mencipta peluang daripada bahagian sayap.

Cionek – 5.5

Secara fizikal beliau kompeten. Namun melakukan 1 kesilapan defensif yang memberikan gol kepada lawan

Pazdan – 6

Pemain yang laju dalam usaha mengekang serangan balas oleh Senegal.

Rybus – 6.5

Pemain paling rajin dan bersungguh-sungguh untuk pasukan Poland. Beliau memiliki stamina yang tinggi

Krychowiak – 5

Walaupun menjaringkan gol, beliau pada keseluruhanya tidak beraksi baik. Banyak hilang bola dan melakukan kesilapan defensif yang menyebabkan mereka dibolosi.

Zielinski – 5

Tidak begitu dominan di bahagian tengah.

Blaszczykowski – 4.5

Bukan hari yang baik untuk pemain veteran ini. Beliau sunyi pada separuh masa pertama. Kemudian terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Milik – 7

Beliau jauh lebih baik daripada Lewandowski hari ini meskipun ada keraguan tentang tahap kecergasan beliau dalam kejohanan kali ini.

Grosicki – 5

Tidak ada sumbangan yang benar-benar signifikan dalam perlawanan ini

Lewandowski – 5

Menghampakan! Itu gambaran untuk aksi beliau kali ini. Pemain yang biasanya menjadi inspirasi pasukan.

Pemain gantian

Bednarek – 6.5

Beliau bermain baik walaupun kelihatan kurang selesa dengan kesakitan di kakinya.

Kownacki – 5

Dibawa masuk untuk menambahkan kualiti serangan. Namun gagal memberikan perbezaan.

Bereszynski – N/A

Senegal

N’Diaye – 7

Walaupun awalnya agak gugup, namun beliau berjaya mendapatkan keyakinan dalam perlawanan ini.

Wague – 7

Jenis pemain pengacau membuatkan pemain Poland tidak selesa

Salif Sane – 8

Pemain pertahanan terbaik dalam perlawanan ini. Memenangi banyak sekali duel di udara dan pertarungan fizikal. Berani melakukan bentesan walaupun sangat berisiko. Membuatkan Lewandowski sunyi sepi.

Koulibaly – 6.5

Beliau pada awalnya dianggap pemain yang akan menjadi pemimpin di pertahanan. Tetapi ada isu kegugupan dalam perlawanan ini. Mengambil masa untuk mendapatkan keyakinan.

Sabaly – 7

Pemain ini mungkin baru sahaja menaikkan nilai tambah beliau di pasaran perpindahan. Sangat bertenaga dan rajin. Berani untuk naik dan cepat kembali semula ke posisi.

Gueye – 7

Memberikan ketidakselesaan kepada pemain tengah Poland dengan ‘work rate’ yang tinggi. Namun kerap hilang bola dan melakukan hantaran lemah.

N’Diaye – 7.5

Pemain yang sangat efektif ketika bertahan dan transisi kepada serangan.

Sarr – 6.5

Pemain ini rajin tetapi kualiti hantaran terutama sekali hantaran silang beliau agak mengecewakan.

Mane – 6.5

Bukan aksi terbaik daripada Sadio Mane namun berani untuk memecahkan blok padat pasukan lawan dengan gelecekan yang menggerakkan bola ke hadapan.

Niang – 9

Efektif! Itulah sebab kami berikan 9. Beliau bukan pemain yang perlu menggelecek 5 pemain, tetapi cukup dengan 2 momen penting beliau menyumbang kepada gol.

Beliau mencetuskan gol pertama dan berjaya mencuri bola daripada pasukan lawan untuk gol ke-2.

Diouf – 6

Bermain baik namun tidak mendapat banyak peluang.

Pemain gantian

N’doye – 6

Lebih banyak membantu pasukan untuk bertahan

Konate – 6

Kemasukan beliau membantu untuk mempertahankan pendahuluan yang dimiliki.

Kouyate – N/A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN