Rating Pemain Senegal vs Colombia, Impak Tandukan Yerry Mina Mengubah Segalanya

Rating

Senegal terpaksa menelan kepahitan apabila terkeluar dalam saingan Piala Dunia 2018 selepas kecundang 1-0 ditangan Colombia.

Berikut adalah rating para pemain pada perlawanan ini.

Khadim N’Diaye – 6.0

Cemerlang menafikan sepakan percuma yang dilakukan Juan Quintero pada separuh masa pertama.

Tandukan yang dilakukan oleh Yerry Mina menghampakannya.

Youssouf Sabaly – 7.0

Bersemangat waja pada awal saingan. Sering melakukan kesilapan kecil namun masih beraksi dengan baik.

Kerap membantu bahagian sayap. Terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70.

Kalidou Koulibaly – 7.0

Merupakan seorang pemain pertahanan yang cukup kental. Berjaya merantai pergerakan Radamel Falcao dengan baik.

Salif Sane – 7.0

Bergandingan dengan baik bersama-sama Kalidou Koulibaly. Berjaya memenangi kesemua empat perebutan di udara.

Lamine Gassama – 6.5

Tidak banyak diuji oleh pemain Colombia. Masih mampu beraksi dengan baik dengan memenangi 10 perebutan bola di udara.

Idrissa Gana Gueye – 7.5

Beliau berjaya mematahkan gerakan yang cuba dilancarkan Colombia di bahagian tengah. Menghasilkan 43 hantaran tepat pada perlawanan ini.

Cheikhou Kouyate – 7.0

Beraksi dengan dominan di bahagian tengah. Kawalannya yang kurang baik memberikan peluang buat Yerry Mina menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Ismaila Sarr – 6.5

Tenggelam di separuh masa pertama. Terlepas peluang terbaik bagi menyamakan kedudukan selepas beliau yang tidak dikawal pertahanan lawan melakukan percubaan tersasar pada minit ke-80.

Sadio Mane – 6.0

Beraksi di bahagian tengah berbanding kebiasaannya selaku pemain sayap.

Merupakan ancaman berbahaya buat Colombia terutamanya pada babak pertama.

Keita Balde – 6.5

Terlalu bersemangat untuk menyerlah pada perlawanan ini. Mempamerkan beberapa hantaran yang baik. Turut kerap membantu pertahanan ketika diserang.

Dikeluarkan pada minit ke-80.

M’Baye Niang – 5.5

Mencipta banyak larian yang bijak bagi mengkucar-kacirkan pertahanan Colombia. Seringkali menjatuhkan diri dengan sengaja bagi mendapat belas ihsan dari pengadil, namun tidak dilayan.

Pemain simpanan

Moussa Wague – 5.0

Masuk bagi menggantikan Youssouf Sabaly pada minit ke-74. Gemar membantu bahagian sayap.

Pape Moussa Konate – 5.5

Melakukan larian yang baik pada lewat permainan, namun kesudahannya hampa selepas Ismaila Sarr melepaskan peluang yang dimiliki.

Masuk pada minit ke-80 bagi menggantikan Keita Balde.

Diafra Sakho – 5.0

Hanya beraksi selama lima minit (tidak termasuk masa kecederaan). Tiada rating buat beliau.

Colombia 

David Ospina – 6.0

Kerap mematahkan hantaran lintang yang dilakukan pemain Senegal. Turut berjaya menafikan percubaan terbaik dari Sadio Mane pada separuh masa kedua.

Santiago Arias – 6.0

Bergelut bagi mengawal Keita Balde pada separuh masa pertama. Beraksi dengan lebih baik selepas aksi kembali bersambung.

Yerry Mina – 7.0

Mengalami kesukaran pada separuh masa pertama bagi mengawal pergerakan Mane.

Muncul wira apabila tandukannya mengesahkan kemenangan tipis buat Colombia.

Jaringan tersebut merupakan gol penting buat Colombia yang juga kedua buatnya dalam saingan Piala Dunia.

Davinson Sanchez – 7.5

Kelihatan selesa bagi mengekang asakan dari Mane. Terus menjadi igauan buat pemain Liverpool tersebut pada separuh masa kedua.

Bertindak cemerlang mengawal benteng pertahanan Colombia.

Johan Mojica – 6.0

Beraksi lebih baik pada babak pertama bagi menghadapi ancaman yang diberikan oleh Ismaila Sarr.

Menerima kad kuning pada minit ke-45.

Carlos Sanchez – 6.5

Gagal menyaingi kepantasan Sadio Mane di bahagian tengah. Kembali meningkat selepas rehat separuh masa pertama, lebih banyak melakukan hantaran dan bertahan dengan baik.

Alvaro Uribe – 6.0

Tidak dapat bersaing hebat dengan Kouyate dan Gueye pada separuh masa pertama. Beliau dan Carlos Sanchez sering ditewaskan oleh pemain Senegal.

Dikeluarkan pada minit ke-83.

Juan Cuadrado – 5.0

Bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya pada 45 minit pertama. Selepas itu beliau masih lagi gagal memperbaiki persembahannya.

James Rodriguez – 5.0

Hanya sempat beraksi untuk 30 minit pertama dan terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Juan Quintero – 7.5

Bermula dengan baik apabila sepakan percuma darinya pada minit ke-13 mengenai sasaran namun dinafikan penjaga gol Senegal.

Banyak membantu dari segi melakukan ‘set piece’.

Senyap pada babak kedua tetapi sepakan sudut yang diambil beliau berjaya ditanduk masuk oleh Mina.

Radamel Falcao – 5.5

Tidak membantu dalam mencari jaringan. Langsung tiada percubaan tepat yang dapat dicatatkan sepanjang aksinya selama 89 minit.

Pemain simpanan

Luis Muriel – 6.5

Masuk bagi menggantikan James Rodriguez pada minit ke-31. Tenggelam pada babak pertama dan kembali bangkit selepas rehat.

Bertindak untuk menekan pertahanan Senegal di kawasan lawan, menjadi ancaman sebenar pada separuh masa kedua.

 Jefferson Lerma – N/A

Hanya sempat beraksi selama tujuh minit (tidak termasuk masa kecederaan).

Miguel Borja – N/A

Hanya dimasukkan pada minit ke-89.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN