Berikut adalah rating para pemain untuk perlawanan melibatkan Mesir dan Uruguay dari skala 1-10 (paling teruk – cemerlang)
Mesir:
Mohamed El-Shenawy-7.0
Boleh dikatakan sebagai pemain terbaik Mesir pada malam ini terutama selepas menafikan Suarez dua kali dalam situasi satu lawan satu, dan percubaan dari Cavani.
Ahmed Fathy-6.0
Efektif di bahagian pertahanan, dan berjaya melakukan percubaan terbaik untuk Mesir ke arah gawang Uruguay.
Ahmed Hegazi-6.0
Hegazi pasti gembira berjaya mengekang Cavani dan Suarez. Namun sepatutnya kecewa kerana gagal mengawal kemas Gimenez pada lewat perlawanan.
Ali Gabr-6.0
Sepertti Hegazi, Gabr berusaha keras memastikan bentuk pertahanan Mesir kekal utuh sebelum dikecewakan oleh pemain pertahanan lawan, Gimenez.
Mohamed Shafy6.0
Bekerja keras untuk mengendurkan ancaman pemain sayap Uruguay.
Mohamed Elneny6.0
Berjaya melakukan beberapa pintasan penting dari pemain Uruguay. Bijak membuka ruang untuk rakan melakukan serangan. Namun masih kurang karisma sepertimana Salah.
Tarek Hamed-5.5
Bekerja keras sebagai pemain pertahanan tengah di belakang Elneny pada babak pertama. Cuper pasti mengharapkan Hamed sempat pulih dari kecederaan sebelum perlawanan kedua.
Amr Warda-5.5
Dikeluarkan pada babak kedua akibat kecederaan. Sukar mendapat tempat di dalam kesebelasan utama sekiranya Mohamed Salah pulih dari kecederaan. Namun begitu, memiliki work rate yang bagus.
Abdallah El Said-6.0
Cuba mengancam dengan larian dari deep area, namun tiadanya penetratif pass dari rakan di bahagian tengah sering kali mematikan langkah El-Said.
Trezeguet-6.0
Mempunyai keyakinan dan kepantasan, namun kurang tenang ketika bola di kaki. Ini menjelaskan kegagalan Mesir mengancam ketika berada di garis akhir serangan.
Marwan Mohsen-5.5
Bekerja keras untuk Mesir, namun gagal memberi sebarang ancaman walaupun bergelar penyerang utama pasukan.
• Most interceptions (8)
• Most clearances (8)
• Joint-most aerial duels won (5)Oh, and just the winning goal in the 90th minute as well. ?? pic.twitter.com/YKZLZ4IgMf
— Squawka Football (@Squawka) June 15, 2018
Uruguay:
Fernando Muslera-6.0
Sukar untuk dinilai. Tidak ada percubaan berbahaya diarahkan kepada beliau oleh pemain Mesir.
Guillermo Varela-6.0
Tampak berbahaya pada babak pertama di fasa serangan dari bahagian sisi sebelah kanan. Namun babak kedua, Varela kelihatan tenggelam.
Jose Gimenez-7.5
Bergandingan dengan baik di bahagian pertahanan tengah untuk mematikan ancaman dari penyerang Mesir. Bijak menanduk masuk gol kemenangan dari gerakan set pieces.
Diego Godin-7.0
Pemain utama dalam mematikan setiap gerakan oleh pemain Mesir. Memastikan rakan pertahanan yang lain tenang ketika diserang balas.
Martin Caceres-5.5
Bukan corak permainan yang biasa dari seorang pemain bek yang gemar melakukan serangan. Kali ini Caceres lebih gemar berada di garisan pertahanan
Nahitan Nandez-5.0
Tidak efektif dan dikeluarkan oleh Tabarez untuk menukar cork permainan pasukan.
Rodrigo Bentancur-6.5
Bakat muda yang menunjukkan ketenangan dan matang di atas padang. Namun masih perlu berani mengambil risiko untuk melakukan hantaran maut ketika berhadapan dengan pertahanan seperti Mesir.
Matias Vecino- 6.0
Beraksi lebih baik pada separuh masa kedua. Tetap gigih mengekalkan penguasaan di kawasan tengah walaupun ditekan oleh pemain Mesir.
Giorgian de Arrascaeta-5.0
Pemain Uruguay pertama dikeluarkan untuk pertukaran. Tidak banyak link-up play dilakukan untuk membantu Suarez dan Cavani.
Edinson Cavani-6.0
Sentiasa berusaha keras untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol. Dinafikan oleh penjaga gol, juga palang untuk meletakkan nama sebagai penjaring.
Luis Suarez- 5.0
Ini adalah antara persembahan terburuk oleh Suarez di pentas antarabangsa. Terlepas peluang tiga peluang terbaik, termasuk dua daripadanya dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol.