Korea Selatan melakukan kejutan dengan menyingkirkan Jerman untuk mencatat satu kemenangan masyhur dalam sejarah bola sepak mereka di Piala Dunia 2018.
Korea Selatan
Jo Hyun-Woo – 9
Jelas pemain terbaik Korea Selatan malam ini apabila melakukan begitu banyak tepisan penting dalam perlawanan ini.
Lee Yong – 7
Berkerja keras dalam melakukan tugas bertahan untuk Korea Selatan.
Yun Young Sun – 7
Sama seperti Lee Yong, begitu kebal ketika beraksi di bahagian pertahanan Korea Selatan.
Kim Young-Gwon – 8
Penjaring gol pertama pasukan Korea Selatan. Pematah hati Jerman di bahagian pertahanan dan serangan.
Hong Chul – 7
Beraksi kemas sebagai pertahanan kiri Korea Selatan.
Mun Seon-min – 6.5
Tidak begitu efektif di bahagian kiri. Digantikan pada minit ke-61 dan turut memperoleh kad kuning.
Jang Hyun Song – 6.5
Persembahan yang biasa sahaja dari beliau dalam perlawanan ini.
Jung Woo-Young – 7
Dominan di bahagian tengah namun beliau mengutip kad kuning.
Lee Jae Sung – 6.5
Banyak bergerak di bahagian tengah dan juga pertahanan. Turut mengutip kad kuning dalam perlawanan ini.
Son Heung-min – 8
Pematah hati kedua pasukan Jerman. Mempunyai beberapa percubaan sepanjang perlawanan yang gagal disempurnakan.
Turut mengutip kad kuning.
Koo Ja-Cheol – 6.5
Tidak berkesan sewaktu diturunkan. Digantikan pada minit ke-56.
Pemain gantian
Hwang Hee Chan – 6.5
Tidak banyak yang boleh ditawarkan oleh pemain ini sewaktu beraksi sebagai pemain gantian.
Ju Se-Jong – 7.5
Melakukan satu bantuan gol untuk Korea Selatan.
Go Yohan – 7
Tidak beri banyak impak dalam perlawanan ini.
Jerman
Manuel Neuer – 5
Melakukan beberapa tepisan penting namun membiarkan gol kosong ketika gol kedua dihasilkan. #KeeperKatMane
Joshue Kimmich – 6.5
Rajin membantu serangan dalam perlawanan ini.
Niklas Sule – 6
Melakukan tugas-tugas bertahan dengan baik, pengganti yang baik kepada Jerome Boateng.
Mats Hummels – 5.5
Melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan untuk pasukan Jerman sewaktu naik ke atas.
Jonas Hector – 6
Aktif dalam membantu Jerman melakukan serangan.
Leon Goretzka – 6
Tidak begitu efektif dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-63.
Sami Khedira – 6
Tepat dalam beberapa hantaran jauh beliau. Ditukarkan pada minit ke-58.
Mesut Ozil – 6.5
Melakukan banyak hantaran yang mendorong kepada percubaan untuk pasukan Jerman.
Toni Kroos – 6
Bergerak aktif di bahagian tengah untuk memenangi pertarungan di bahagian tengah.
Marco Reus – 6
Tidak seefektif yang dijangkakan untuk pasukan Jerman pada perlawanan ini.
Timo Werner – 6
Gagal menghasilkan gol seperti yang diharapkan.
Pemain gantian
Mario Gomez – 6
Masuk dengan memberikan impak yang baik kepada Jerman namun tidak berjaya disudahkan.
Thomas Muller – 6
Melakukan 3 hantaran penting untuk mencipta serangan Jerman.
Julian Brandt – 6
Tidak punya impak yang besar dalam perlawanan ini.