Croatia tidak menurunkan barisan terkuatnya pada perlawanan bertemu Iceland. Namun, juara kumpulan D itu masih mampu untuk mengenepikan cabaran skuad Aron Gunnarsson dan rakan sepasukannya.
Berikut adalah rating para pemain pada perlawanan tersebut.
Iceland
Hannes Halldorsson – 5.5
Beliau langsung tidak diuji dengan serangan berbahaya melainkan dua jaringan yang telah dihasilkan oleh Milan Badelj dan Ivan Perisic.
Birkir Már Sævarsson – 6.0
Menghadapi kesukaran dalam usaha merantai pergerakan Ivan Perisic.
Sverrir Ingason – 6.5
Melakukan beberapa ‘clearance’ penting dalam menangani tekanan yang diberikan para pemain Croatia.
Hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan terkena tiang gol.
Rangar Sigurdsson – 6.0
Menikmati permainan yang baik terutamanya ketika bertahan bagi menghadapi dominasi yang ditunjukkan Croatia.
Keluar pada minit ke-71.
Hordur Magnusson – 7.0
Usaha yang ditunjukkannya begitu terpuji. Membantu jentera serangan dengan larian di bahagian sayap ternyata memberikan kesukaran buat Croatia untuk membendung kemaraannya.
Johann Berg Gudmundsson – 6.5
Beliau kelihatan begitu bekerja keras, cuba untuk menggerakkan bola dengan pantas.
Aron Gunnarsson – 6.5
Memainkan pernana dengan disiplin dengan berada di posisi yang sedikit ke bawah. Lontaran jauhnya sentiasa menjadi igauan.
Emil Hallfredsson – 6.5
Turun ke bawah untuk mendapatkan bola daripada pemain pertahanan. Mewujudkan corak permainan Iceland dari posisi tengah. Beliau turut berjaya melakukan terjahan yang baik.
Birkir Bjarnason – 6.5
Terlibat dengan kecederaan di bahagian hidung sehingga berlaku pendarahan. Namun, beliau masih gagah untuk terus beraksi hingga tamat perlawanan.
Seringkali memberikan ancaman buat Croatia. Keluar pada minit ke-90.
Gylfi Sigurdsson – 6.5
Tidak banyak yang dapat dibuktikan pemain Everton ini. Hanya jaringan menerusi sepakan penalti yang menjadi pengubat kepada prestasi kurang berkesan darinya.
Alfred Finnbogason – 6.0
Hampir mencipta jaringan pada selepas berjaya merampas bola dari Milan Badelj. Namun percubaannya sedikit tersasar.
Keluar pada minit ke-85.
Pemain simpanan
Bjorn Sigurdarson – 5.5
Masuk pada minit ke-71. Kemasukannya memberikan kelebihan fizikal serta berjaya membantu Iceland untuk memberikan masalah buat Croatia.
Albert Gudmundsson – 5.0
Hanya sempat beraksi selama lima minit (tidak termasuk masa kecederaan). Tiada apa yang dapat diperkatakan mengenai sumbangannya.
Arnor Ingivi Traustason – N/A
Hanya masuk pada minit ke-90. Tiada rating buat beliau.
Croatia
Lovre Kalinic – 6.5
Bertindak cemerlang dengan menafikan hampir lima percubaan berbahaya yang dilancarkan Iceland.
Hanya dibolosi menerusi sepakan penalti.
Tin Jedvaj – 6.5
Sentiasa mencipta ancaman di bahagian sayap dengan sokongan yang diberikan terhadap jentera serangan.
Berjaya melakukan cabaran yang penting bagi menghalang kemaraan Iceland.
Vedran Corluka – 6.0
Menikmati permainan yang baik. Bagaimanapun, beliau kelihatan tidak begitu selesa ketika bola berada di kakinya.
Dulje Ćaleta-Car – 6.5
Pemain muda ini berjaya mengawal keadaan dengan baik. Beliau juga membuktikan kematangannya walaupun ini hanya merupakan pengalaman kedua di pentas antarabangsa buat beliau.
Josip Pivarić – 6.5
Begitu kuat dalam melakukan terjahan. Berjaya mengilhamkan gerakan terhadap jaringan pertama yang dihasilkan Badelj.
Milan Badelj – 7.0
Satu percubaannya dari jarak jauh terkena tiang gol. Berada di posisi yang sedikit ke bawah.
Namun, berjaya menghasilkan satu jaringan. Beliau menikmati perlawanan yang baik.
Luka Modric – 7.0
Arkitek yang mampu menghasilkan bola yang baik kepada rakan sepasukan. Berada di kelasnya tersendiri dengan kawalan bola yang begitu mengagumkan.
Dikeluarkan pada minit ke-65.
Marko Pjaca – 5.5
Bergelut bagi menghadapi Hordur Magnusson yang beraksi di sebelah kiri dengan baik.
Dikeluarkan pada minit ke-69.
Mateo Kovacic – 7.0
Seorang pemain tengah yang berkualiti. Beliau berjaya melakukan 78 hantaran tepat buat rakan sepasukannya.
Dikeluarkan pada minit ke-82.
Ivan Perisic – 7.5
Beliau menikmati perlawanan yang baik tetapi kekurangan kualiti untuk melakukan penyudah.
Masih mampu menghasilkan satu jaringan pada minit akhir perlawanan.
Andrej Kramaric – 6.0
Kelihatan lebih berbahaya apabila beliau berada di posisi sedikit bawah dan saling ‘rotate’ dengan Perisic.
Pemain simpanan
Filip Bradaric – 5.0
Masuk bagi menggantikan Luka Modric pada minit ke-65 tetapi tidak dapat memberikan sumbangan yang berkesan.
Dejan Lovren – 5.0
Kemasukannya pada minit ke-69 diharapkan dapat meningkatkan kekentalan jentera pertahanan namun, bola terkena tangannya untuk memberikan sepakan penalti buat Iceland.
Ivan Rakitic – 6.0
Masuk bagi menggantikan Mateo Kovacic pada minit ke-82. Berupaya memberikan sumbangan berkesan dengan beberapa percubaan.