Rating Pemain Denmark vs Croatia, 2 Penjaga Gol Cemerlang

Croatia dan Denmark hanya dileraikan menerusi penentuan penalti yang dimenangi Croatia 3-2 selepas terikat 1-1 sepanjang 120 minit.

Subasic – 8

Pemain terbaik malam ini. Melakukan beberapa aksi menyelamat dalam perlawanan ini termasuk 3 ‘saves’ pada penentuan sepakan penalti.

Vrsaljko – 6

Pemain ini kurang efektif apabila berada di zon untuk melakukan hantaran

Vida – 6.5

Pertahanan yang keras namun tewas duels dalam beberapa situasi getir.

Lovren – 6.5

Melakukan hadangan penting ketika Knudsen cuba melorongkan bola kepada rakan di hadapan gol. Beliau banyak memenangi duels udara dan melakukan 5 ‘clearances’.

Strinic – 6

Tidak banyak terlibat dalam aksi pasukan hari ini.

Rakitic – 6

Bukan aksi terbaik daripada Rakitic seperti sebelum ini. Beliau bergelut untuk menguasai tengah dengan Luka Modric di tengah padang.

Brozovic – 5.5

Kurang bermaya hari ini, tidak ada gerakan yang dinamik. Kerapkali memberikan ruang besar kepada lawan di tengah.

Rebic – 6

Pemain ini sangat bagus dalam aspek posisi terutama sekali ketika tanpa bola. Namun penyudah akhir beliau (final passes dan shot) agak meghampakan.

Modric – 6.5

Tidak cukup berpengaruh hari ini. Beliau juga kerap buntu mencipta peluang. Gagal menyempurnakan 1 penalti.

Perisic – 6

Pemain ini masih mencari aksi terbaik di Rusia 2018 sepertimana di Euro 2016. Banyak melakukan percubaan gol tetapi tiada satu yang tepat.

Mandzukic – 7

Pemain yang efektif. Meredakan tekanan pasukan beliau yang bolos seawal minit pertama.

Pemain gantian 

Pivaric – 6 

Dimasukkan untuk membawa pemain lebih cergas dalam padang

Badelj – 6.5

Bermain baik ketika dimasukkan menggantikan Mandzukic. Memberikan ancaman kepada lawan.

Kramaric – 7

Beliau cemerlang dan memberikan suntikan tenaga kepada pasukan. Memenangi 1 penalti pada minit akhir masa tambahan.

Kovacic – 6

Seorang lagi pemain simpanan yang ternyata memperbaiki kualiti pasukan.

Denmark

Schmeichel – 8

Beliau meletakkan nyawa pasukan beliau terus hidup pada 5 minit terakhir masa tambahan. Melakukan 2 ‘saves’ dalam penentuan penalti.

Knudsen – 6.5

Lontaran panjang beliau menjadi nadi utama gol pertama dan mencetuskan beberapa ancaman lagi.

Kjaer – 7

Mengawal tempo perlawanan di bawah dengan sangat baik pada hari ini. Banyak melakukan hantaran panjang yang tepat.

Jorgensen – 7

Menjaringkan gol awal dan kemudian menyelamatkan pasukan beliau dengan satu bentesan yang membawa kepada penalti. Agak pelik tak dikenakan kad merah.

Dalsgaard – 7

Pemain ini bermain sangat baik hari ini. Mengurangkan impak daripada Perisic.

Christensen – 6.5

Diarahkan bermain di tengah defensif pada hari ini. Agak malang bola terkena kepalanya dan memberikan peluang gol kepada Mandzukic.

Delaney – 6

Menjadi pemain penting yang mengawal bola di kawasan padat untuk gol pertama. Beliau adalah pemain terbaik di tengah di antara kesemua pemain tengah dalam perlawanan ini.

Eriksen – 5.5

Juga seperti Modric, gagal memberikan lebih pengaruh dalam perlawanan. Namun hampir menjaringkan gol dengan percubaan terkena palang.

Poulsen – 5.5

Walaupun ada beberapa aksi yang mengancam lawan, namun beliau kerap hilang untuk tempoh lama dalam padang.

Braithwaite – 5.5

Tidak banyak sumbangan dalam perlawanan ini. Pemain bek sisi, Knudsen lebih aktif daripada beliau untuk mencipta peluang dalam permainan terbuka.

Cornelius – 5

66 minit dalam padang tanpa sebarang percubaan gol.

Pemain gantian

Schone – 7

Masuk awal pada separuh masa kedua. Melakukan beberapa percubaan jarak jauh dan memperbaiki aspek hantaran di tengah

Nicolai Jorgensen – 5.5

Masuk menggantikan Cornelius namun tidak memberikan impak juga.

Sisto – 7

Beliau adalah pemain gantian yang memberikan flair kepada serangan Denmark. Melakukan percubaan gol dan gelecekan yang lincah.

Krohn Dehli – 6

Kualiti hantaran beliau sangat baik, 100% tepat.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN