Rating Pemain Brazil VS Costa Rica, Keylor Navas Beraksi Cemerlang Walaupun Kalah

Brazil berusaha keras dalam perlawanan Piala Dunia 2018 untuk tewaskan Costa Rica dengan gol hanya terhasil pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Brazil

Alisson – 7

Tidak diuji dengan banyak dalam perlawanan ini. Hanya sesekali sahaja diuji oleh Costa Rica.

Fagner – 7

Menjalankan tugas sebagai pengganti Dani Alves dengan baik. Penampilan pertama di Piala Dunia yang baik untuk beliau.

Thiago Silva – 7

Mengetuai barisan pertahanan dengan baik. Tipikal dari Thiago Silva.

Joao Miranda – 7

Membentuk pasangan pertahanan yang baik bersama Thiago Silva.

Marcelo – 7

Membantu serangan Brazil dengan baik. Membentuk keserasian yang baik dengan Neymar.

Paulinho – 7

Mengawal bahagian tengah dengan baik serta mencipta beberapa peluang untuk rakan sepasukan.

Digantikan pada minit ke-68.

Casimero – 7

Bermain dengan baik di bahagian tengah. Turut memperoleh beberapa peluang terbaik ketika perlawanan.

Philippe Coutinho – 8

Aktif dalam membantuk Brazil mendapatkan gol. Menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Neymar – 8

Melakukan banyak percubaan ke arah pintu gol Costa Rica. Turut memperoleh gol pada masa kecederaan.

Dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 22: Neymar Jr of Brazil celebrates with teammate Douglas Costa after scoring his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Brazil and Costa Rica at Saint Petersburg Stadium on June 22, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Gabriel Jesus – 7

Tidak begitu memberikan bahaya kepada pertahanan Costa Rica. Mempunyai 1 peluang terbaik di separuh masa kedua dan gol dibatalkan di separuh masa pertama.

Digantikan pada minit ke-90.

Willian – 6

Berhempas pulas dalam memberikan aksi yang diharapkan oleh pasukan.

Digantikan pada rehat separuh masa.

Pemain gantian

Roberto Firmino – 7

Mempunyai satu peluang untuk menjaringkan gol di penghujung perlawanan.

Douglas Costa – 7

Menunjukkan persembahan yang lebih baik berbanding Willian apabila dimasukkan.

Fernandinho – N/A

Tiada rating untuk beliau kerana beraksi bawah 10 minit.

Costa Rica

Keylor Navas – 8

Menyelamatkan 7 percubaan tepat ke arah pintu gol Costa Rica. Jelas pemain terbaik perlawanan pada hari ini.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 22: Keylor Navas of Costa Rica makes a save on Neymar Jr of Brazil during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Brazil and Costa Rica at Saint Petersburg Stadium on June 22, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Oscar Duarte – 6.5

Melakukan beberapa cleareance penting untuk membantu pertahanan Costa Rica.

Giancarlo Gonzalez – 6

Melakukan 7 clearance dalam usaha mengekang asakan Brazil.

Jhonny Acosta – 6

Melakukan terjahan kemas dan memenangi kebanyakkan duel beliau.

Mengutip kad kuning dalam perlawanan ini.

Bryan Oviedo – 6

Tepat dalam majoriti hantaran beliau, namun sering ditewaskan oleh pemain Brazil menerusi gelecekan.

David Guzman – 6

Melakukan hantaran jauh dengan baik namun sering tewas dalam duel yang dihadapi beliau.

Digantikan pada minit ke-83.

Celso Borges – 6

Turut tepat dalam majoriti hantaran jauh beliau, tetapi beliau lebih dominan dalam duel berbanding Guzman.

Christian Gamboa – 6.5

Melakukan tugas beliau sebagai separa bek dengan baik. Membuat satu kesilapan yang membolehkan Brazil melakukan percubaan ke arah pintu gol.

Digantikan pada minit ke-75.

Bryan Ruiz – 6

Tidak berkesan pada aksi hari ini. Hanya berjaya memperoleh 9 duel dari 23 yang diperoleh beliau hari ini.

Johan Venegas – 6

Tepat dalam majoriti hantaran beliau pada hari ini.

Marco Urena – 6

Tidak memberikan impak yang diharapkan dalam perlawanan ini.

Digantikan pada minit ke-54.

Pemain gantian

Francisco Falvo – 6

Bermain baik sewaktu dimasukkan dalam di separuh masa kedua.

Christian Bolanos – 5.5

Tidak efektif sewaktu dibawa masuk.

Yeltsin Tejada – N/A

Tiada rating diberikan kerana beraksi di bawah 10 minit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN