Rating Pemain Belgium vs Panama, Hazard Arkitek Utama ‘The Red Devils’

Belgium berjaya menewaskan Panama dengan jaringan 3-0, sekaligus menafikan sebarang jenis kejutan dari negara Amerika Tengah yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat pertama kalinya.

Berikut adalah rating pemain Semuanya BOLA.

(Photo by Francois Nel/Getty Images)

Belgium (3-4-3):

Thibaut Courtois-6.5
Pantas keluar dari garisan untuk menyelamatkan percubaan Mortillo dalam sitasi satu lawan satu.

Dedryck Boyata-6.0
Tidak banyak perlu dilakukan, namun tenang berada di tengah bek bertiga,

Jan Vertonghen-6.0
Membantu serangan dengan berada di garisan tinggi untuk membantu De Bruyne dan Witsel di bahagian tengah.

Toby Alderweireld-6.0
Seperti dua rakan pertahanan di dalam sistem bek bertiga, tidak banyak yang boleh diulas.

Axel Witsel-6.5
Berfungsi dengan baik untuk membantu bahagian pertahanan untuk menyerap serangan balas Panama.

Kevin De Bruyne-7.5
Tidak seperti di Manchester City, De Bruyne bermain agak deep pada babak pertama. Namun selepas mendahului 1-0, lebih bebas melakukan larian dari deep area. Hasilnya, 1 assist.

Yannick Carrasco-6.5
Kelihatan tajam pada 10 minit pertama perlawanan dengan larian dari sebelah kiri dan melakukan beberapa percubaan. Seperti hilang punca selepas itu dengan sistem ultra defensive dari Panama.

Thomas Meunier-6.0
Agak senyap untuk seorang bek sayap. Tiada larian dari sebelah sisi sayap yang mengujakan pada babak pertama.

Romelu Lukaku-8.0
Dua gol jaringan Lukaku membuktikan mengapa dirinya wajar diberi perhatian di dalam kejohanan ini. Bertambah yakin selepas gol pertama.

Eden Hazard-8.0
Pemain terbaik perlawanan ini pada pandangan kami. Kekal dengan corak serangan agresif sejak awal perlawanan, 1 assist dan turut terlibat dengan gol pertama Lukaku.

Dries Mertens-7.5
Gol pertama oleh Mertens memerlukan teknik rembatan yang baik. 9 key passes, adalah antara tertinggi di kalangan pemain Belgium selepas De Bruyne dalam perlawanan ini.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Panama (4-1-4-1):

Jaime Penedo-6.5
Membuatkan segalanya sukar buat Belgium pada separuh masa pertama. 3 kali menyelamatkan bola dari percubaan tepat.

Fidel Escobar-5.5
6 tackles sepanjang perlawanan, kebanyakkannya pada babak pertama. Gagal dengan tugas mengawal Lukaku pada babak kedua.

Román Torres-5.5
2 bola di udara dimenangi. Persembahan dibayangi beberapa kesilapan walaupun pada mulanya mampu bersaing dengan Lukaku untuk bola di udara.

Gabriel Gómez-5.5
64% hantaran tepat. Gagal mengawal asakan Belgium yang meningkatkan tempo pada babak kedua perlawanan.

Érick Davis-5.5
Kompak pada separuh masa pertama. Hilang fokus dan disiplin selepas layangan kad kuning. Hanya 2 tackles direkodkan.

Michael Murillo-6.0
3 tackles di dalam perlawanan. Terlepas peluang terbaik menyamakan kedudukan ketika Belgium mendahului 1-0.

Armando Cooper-6.0
83% hantaran tepat, 2 kali gelecekan berjaya dilakukan, 1 percubaan ke arah gol. Namun gagal menguji Courtois untuk gol.

Aníbal Godoy-6.0
93% hantaran tepat, 1 kali gelecekan berjaya dilakukan, tiada percubaan ke arah gol. Harus lebih bijak kawal emosi. Terganggu selepas layangan kad kuning.

José Luis Rodríguez-5.5
Tidak banyak boleh dilakukan. Gagal memberi ancaman dari sebelah kiri.

Édgar Bárcenas-6.0
2 percubaan tepat, 15 hantaran tepat, dengan dua daripadanya hampir menghasilkan sesuatu.

Blas Pérez-5.0
Selain daripada memenangi 6 perebutan bola di udara, penyerang utama Panama ini langsung tidak memiliki percubaan untuk pasukannya.

(Photo by Francois Nel/Getty Images)

Pemain terbaik pilihan Semuanya BOLA ialah Eden Hazard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN