Rating Argentina vs Perancis, Mbappe Hampir Sempurna, Pertahanan Argentina Longlai

Argentina ditewaskan Perancis 4-3 dalam perlawanan 16 pasukan akhir. Jika anda rasa pertahanan Perancis teruk, pertahanan Argentina lagi teruk dalam perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan jelas ada isu bertahan yang agak merisaukan.

Armani – 5.5

4 kali ditewaskan malam ini. Salah satu daripadanya adalah daripada keadaan dia gagal melakukan handling lebih baik. 0 ‘saves’ malam ini.

Mercado – 6

Beliau menjaringkan gol tetapi zon beliau menjadi tempat yang sangat banyak dijadikan markas mencipta peluang oleh Perancis.

Otamendi – 5.5

Hilang disiplin ketika bertahan. Dalam keadaan pasukan memerlukan setiap saat setelah Aguero menghidupkan perlawanan, beliau membuang masa itu dengan perbalahan.

Rojo – 5

Melakukan beberapa kesilapan bertahan dan salah satu daripadanya memberikan penalti kepada lawan. Bukan aksi terbaik oleh penyelamat Argentina dalam perlawanan sebelum ini.

Tagliafico – 4.5

Bermasalah dengan pertahanan di garisan tinggi. Hampir dilayangkan kad merah kerana mengasari Mbappe dalam keadaan dia adalah pemain pertahanan akhir.

Mascherano – 5.5

Dari segi hantaran beliau adalah pemain tengah terbaik Argentina. Namun berhadapan dengan beban kerja bertahan terlalu banyak kerana Enzo Perez dan Ever Banega terlalu advance.

Ever Banega – 5

Selepas aksi cemerlang sebelum ini, beliau gagal memberikan impak dalam perlawanan ini. 2 kali hilang bola dan 10 kali tewas duels

Enzo Perez – 4

Anda mungkin tak sedar beliau ada bermain. Penglibatan rendah dalam perlawanan ini terutama ketika bertahan saat diserang balas.

Pavon – 5

Pemain ini gagal memberikan impak seperti mana dalam perlawanan sebelum ini. 0 ciptaan peluang. 5 hantaran silang tetapi 0 ketepatan.

Messi – 7.5

Walaupun beliau kurang mendapat bola, tetapi sangat efektif. Melakukan 2 assist dan juga memenangi 9 daripadan 15 duels.

Di Maria – 7

Harus diakui ini adalah aksi terbaik beliau dalam Piala Dunia kali ini. Banyak melepasi pertahanan lawan. Tetapi separuh masa kedua tiada percubaan langsung.

Pemain gantian

Fazio – 7

Ini adalah pertahanan terbaik Argentina dalam perlawanan ini. Beliau memenangi 6 daripada 6 duels dalam masa 45 minit. Namun melakukan 1 kesilapan pertahanan yang membawa kepada ancaman gol.

Aguero – 7

Masuk menggantikan Perez dan sangat berkesan di hadapan gol. Menghidupkan semula perlawanan di masa kecederaan.

Meza – 6

Masalah beliau dan Pavon adalah sama. Tiada banyak perubahan.

Perancis

Lloris – 5.5

Aksi Lloris agak teruk secara teknikalnya. Mujur beliau ada unit pertahanan lebih komited. Kurang diancam berbanding dengan penjaga gol lawan.

Pavard – 7.5

Pertarungan yang sengit dengan Di Maria. Beliau melakukan percubaan deras yang cantik dan gol.

Varane – 7

Banyak menutup ruang kepada Lionel Messi dalam perlawanan ini. Medesak pemain itu untuk ke sayap.

Umtiti – 6

Aksi agak sederhana dan tidak banyak melakukan tugas defensif.

Lucas Hernandez – 7

Beliau menjadi pemain yang penting dalam fasa bertahan. Melakukan 1 assist cantik.

Matuidi – 7.5

Salah satu aksi terbaik Matuidi dalam jersi Les Bleus. Beliau banyak sekali melakukan hantaran pembunuh di sebelah kanan. Antaranya yang membuatkan Lucas Hernandez mencipta gol untuk Pavard.

Kante – 7.5

Konsisten seperti biasa, rajin bertahan. Cuma jika lebih tajam dalam hantaran, beliau boleh mencetuskan lebih bahaya pada fasa serangan balas.

Pogba – 7

Aksi yang baik daripada Pogba hari ini walaupun patut lebih baik dalam situasi mereka dibolosi dan juga sepakan percuma dari dekat garisan luar penalti.

Mbappe – 9.5

Salah satu persembahan individu terbaik dalam sejarah Piala Dunia terutama sekali melibatkan remaja 19 tahun. Memenangi 1 penalti, memenangi 1 sepakan percuma luar kotak penalti, menjaringkan 2 gol dan mencetuskan banyak ancaman dengan aksi dinamik dan kental. Pemain paling banyak gelecekan berjaya hari ini dengan 7.

Griezmann – 6

Menjaringkan gol pembukaan. Kemudian hilang sekejap dalam perlawanan dan muncul dalam situasi bola mati. Beliau kerap hilang bola.

Giroud – 7.5

Linking up play yang baik dan banyak membantu ketika bertahan. Beliau turut mencipta 1 assist dalam perlawanan ini.

Pemain gantian

Tolisso – 5.5

Beliau dimasukkan untuk merehatkan Matuidi dalam kedudukan Perancis sudah yakin membunuh perlawanan. Namun beliau sangat lemah dalam bertahan.

Fekir – N/A

Thauvi – N/A

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN