RASMI: Zaquan Adha Kembali Ke Pangkuan Negeri Sembilan

Zaquan Adha

Setelah hampir 10 tahun meninggalkan negeri kelahirannya, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak memilih untuk kembali menabur bakti bersama Negeri Sembilan bagi menghadapi saingan Liga Premier 2021 yang akan bermula penghujung Februari nanti.

Perkembangan terkini itu disahkan sebentar tadi menerusi laman Facebook rasmi Negeri Sembilan Football Club dengan memuatnaik video yang membawakan imej Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Mula bersama Negeri Sembilan pada tahun 2004 di mana beliau bersama kembarnya membantu kontinjen tuan rumah menjuarai acara bola sepak Sukan Malaysia, Zaquan diserapkan ke skuad Liga Super Negeri Sembilan, setahun kemudian.

Antara kejayaan yang penah diraih bersama skuad ‘Hoben Jang Hoben’ itu ialah muncul juara Liga Super 2005/06, Piala FA 2010 serta Piala Malaysia 2009 dan 2011.

Zaquan kemudiannya memilih untuk berhijrah ke beberapa pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta’zim (JDT), juga bersama abangnya. Mereka berpisah pada 2017 apabila Zaquan menyertai Perak selama semusim dan kemudian ke Kuala Lumpur [2019] dan Kedah pada musim lalu.

Kepulangan semula Zaquan juga menyaksikan beliau akan kembali bekerjasama dengan jurulatih yang telah memberikan kepercayaan kepadanya pada awal karier profesional, K. Devan.

Devan dan pengurusan Negeri Sembilan tampak begitu serius untuk memburu tempat ke saingan Liga Super 2022 apabila merekrut ramai pemain berkualiti untuk menggalas tanggungjawab pasukan.

Dalam perkembangan yang sama mengenai Negeri Sembilan, kelab tersebut turut mengesahkan jenama tempatan, Kaki Jersi sebagai penaja rasmi pakaian bagi menghadapi saingan musim baharu.

Kredit featured image: Negeri Sembilan FC

Baca artikel lain dari kami mengenai Negeri Sembilan:

K. Devan Tekad Kemudi Negeri Sembilan Ke Liga Super 2022

Selamat Kembali Ke Negeri Sembilan Zaquan Adha, K. Devan

FAM: Contohi Negeri Sembilan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN