Liverpool mengesahkan pembelian Xherdan Shaqiri dari Stoke City dengan mengaktifkan nilai klausa perlepasan kerana penyingkiran dari EPL sebanyak £13.5 juta.
Khabar angin akan perpindahan ini telah diwar-warkan sebelum Piala dunia bermula lagi. Ini apabila Stoke City memgumkan pemain tersebut ada klausa ‘relegation’.
Xherdan Shaqiri dilaporkan memendekkan cutinya untuk menyegerakan urusan perpindahan dengan Liverpool. Dipercayai kerana mahu terlibat dengan jelajah pra musim pasukan.
Shaqiri akan bersama Liverpool dengan kontrak 5 tahun. Pemain itu ternyata gembira dan mengakui pernah hampir menyertai Liverpool beberapa tahun lalu.
“Sebagai pemain anda sentiasa mahu berada di pentas tertinggi dalam karier anda.”
“Saya hampir berada di sini beberapa tahun lalu namun ianya gagal menjadi kenyataan. Dan kini saya ada di sini. Saya juga ingin memperbaiki diri sendiri. Saya mahu bersama yang terbaik dan memenangi trofi.”
Shaqiri turut teruja melihat pencapaian Mohamed salah di Liverpool dan cuba untuk memperbaiki dirinya seperti Salah.
Shaqiri menyertai Stoke pada 2015 dari Inter Milan. Beliau bermain 3 musim dengan the Potters dan menjaringkan 15 gol serta 15 assist daripada 84 penampilan.
Beliau baru menenamatkan tugasan Piala Dunia dengan Switzerland. Menjaringkan 1 gol dan membuat 1 assist dalam kejohanan tersebut.
Shaqiri menjadi pencipta peluang paling tinggi untuk Stoke musim lalu dan di antara pasukan di luar 6 teratas.
Begitu juga di Switzerland beliau menjadi pemain dengan ciptaan peluang tertinggi dalam pasukan.
Shaqiri menjadi pemain ke-3 di ditandatangani oleh Liverpool selepas Fabinho dan Naby Keita.