RASMI: West Ham Pecat Manuel Pellegrini Selepas Tewas Kepada Leicester

Manuel Pellegrini menjadi mangsa terbaharu kekejaman Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjadi pengurus ke-10 yang ditunjuk jalan keluar musim ini selepas West Ham United memecat beliau sejurus sahaja pasukannya tewas 2-1 kepada Leicester City.

Ianya adalah kekalahan kesembilan dalam 12 perlawanan terakhir dan keputusan tersebut meletakkan The Hammers di kedudukan ke-17, hanya dipisahkan satu mata dari zon penyingkiran. Bekas pengurus West Ham, David Moyes kini disebut-sebut sebagai pengganti utama untuk menggantikan Pellegrini.

“Ianya satu kekecewaan besar kerana kami terpaksa membuat keputusan ini. Ianya jelas perubahan perlu segera dibuat untuk memastikan kelab ini kembali ke landasan yang betul untuk mencapai sasaran pada musim ini,” kata pengerusi bersama kelab, David Sullivan.

“Kami merasakan ianya satu keperluan mendesak untuk bertindak supaya pengurus baharu mempunyai masa yang cukup untuk mencapai matlamat kelab.”

Pellegrini meninggalkan kelab itu selepas 18 bulan menjawat jawatan tersebut. Beliau mula dilantik pada Mei 2018 dengan kontrak selama tiga tahun. Beliau diberitahu mengenai pemecatan itu tidak lama selepas selesai temubual dengan media selepas perlawanan.

Moyes sebelum ini pernah dilantik sebagai pengendali sementara West Ham selama enam bulan pada November 2017 hingga May 2018 dan kini merupakan calon pilihan untuk menggantikan Pellegrini sekalipun belum ada sebarang perundingan dibuat.

Sewaktu membimbing West Ham, Moyes yang menggantikan Slaven Bilic membawa keluar pasukan itu dari zon penyingkiran EPL dan membantu pasukan itu menamatkan musim 2017/18 di kedudukan ke-13.

Sepanjang mengurus West Ham, Pellegrini telah membelanjakan sebanyak £155 juta dengan memecahkan rekod perpindahan kelab sebanyak dua kali apabila beliau mendapatkan pemain sayap Brazil, Felipe Anderson dengan nilai £36 juta dan penyerang Perancis, Sebastian Haller berharga £45 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN