RASMI: Tommy Mawat Milik Kuching FA

Kuching FA terus pro aktif dalam mempersiapkan diri bagi musim baharu.

Sebelum ini Kuching FA mengesahkan mereka dalam proses negosiasi dengan beberapa pemain tempatan di sekitar Sarawak hasil daripada pemantauan bakat yang mereka lakukan.

Terbaru mereka mendapatkan bekas pemain Sarawak dan PKNS FC, iaitu Tommy Mawat Bada.

Dalam kenyataan media Kuching FA sebentar tadi, mereka menyatakan:

“Milik Kuching FA!”

“Tommy Mawat Bada sah menjadi milik Kuching FA. Bekas pemain sayap skuad PKNS telah menandatangani kontrak bersama Kuching FA petang tadi.”

“Tommy Mawat, 23 pernah bermain di bersama pasukan PKNS, PJ Rangers dan Sarawak FA.”

“Pencapaian tertinggi beliau adalah menyertai pasukan bawah 23 tahun Malaysia di kejohanan U23 AFC Championship 2018 di China & Jakarta Palembeng Asian Games 2018.”

Tommy Mawat kini berpotensi untuk membangunkan semula kariernya yang sebelum ini dianggap sebagai bakat prospek.

Tommy Mawat boleh beraksi di posisi serangan sayap dan juga pemain sayap tradisional.

Beliau diharap akan dapat memberikan impak kepada pasukan Kuching FA yang mengharungi Liga Premier Malaysia pada musim sulung mereka.

Kuching FA mara ke Liga Premier selepas menang play off menentang Sarawak. Mereka menamatkan saingan M3 di belakang Kelantan United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN