Rasmi : Timoue Bakayoko Kini Milik Chelsea Dengan Perpindahan £40 Juta

Desas-desus mengenai perpindahan Timoue Bakayoko ke Chelsea sudah lama kedengaran sejak hampir sebulan yang lalu.

Pemain antarabangsa Perancis yang beraksi cemerlang bersama Monaco musim lalu itu kini sah menjadi milik juara Liga Perdana Inggeris tersebut dengan nilai perpindahan sekitar  £40 juta.

Beliau menjadi pemain ketiga yang direkrut Chelsea selepas kemasukan pertahanan Jerman yang beraksi bersama AS Roma, Antonio Rudiger ( £34 juta) dan bekas penjaga gol Manchester City, Willy Caballero (percuma) sebelum ini. 

Bakayoko yang berusia 22 tahun merupakan antara tunjang kekuatan Monaco sehingga berjaya menjuarai Ligue 1 dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Timoue Bakayoko
Sumber : Chelsea FC Via Getty Images

Bakayoko akan memakai jersi nombor 14 bersama kelab barunya itu berkata, ” Saya sangat gembira berada disini dan menyertai kelab yang hebat ini.”

”Saya membesar dengan menyaksikan permainan Chelsea. Memeterai perjanjian dengan pasukan ini adalah perkara yang biasa kerana Chelsea merupakan kelab yang sayangi sejak kecil lagi.”

”Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pengurus yang hebat ini (Antonio Conte) juga disamping bersama rakan rakan sepasukan yang hebat” ujar beliau yang menandatangani kontrak selama 5 tahun.

Penyokong setia Chelsea pasti tidak sabar untuk melihat gandingan beliau bersama seorang lagi pemain antarabangsa Perancis yang juga merupakan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu, N’golo Kante di bahagian tengah.

Sumber 

Sunday Express (2017) – http://www.express.co.uk/sport/football/829072/Chelsea-transfer-news-Tiemoue-Bakayoko-shirt-pictures

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN