Desas-desus mengenai perpindahan Timoue Bakayoko ke Chelsea sudah lama kedengaran sejak hampir sebulan yang lalu.
Pemain antarabangsa Perancis yang beraksi cemerlang bersama Monaco musim lalu itu kini sah menjadi milik juara Liga Perdana Inggeris tersebut dengan nilai perpindahan sekitar £40 juta.
Beliau menjadi pemain ketiga yang direkrut Chelsea selepas kemasukan pertahanan Jerman yang beraksi bersama AS Roma, Antonio Rudiger ( £34 juta) dan bekas penjaga gol Manchester City, Willy Caballero (percuma) sebelum ini.
Bakayoko yang berusia 22 tahun merupakan antara tunjang kekuatan Monaco sehingga berjaya menjuarai Ligue 1 dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
Bakayoko akan memakai jersi nombor 14 bersama kelab barunya itu berkata, ” Saya sangat gembira berada disini dan menyertai kelab yang hebat ini.”
”Saya membesar dengan menyaksikan permainan Chelsea. Memeterai perjanjian dengan pasukan ini adalah perkara yang biasa kerana Chelsea merupakan kelab yang sayangi sejak kecil lagi.”
”Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pengurus yang hebat ini (Antonio Conte) juga disamping bersama rakan rakan sepasukan yang hebat” ujar beliau yang menandatangani kontrak selama 5 tahun.
Penyokong setia Chelsea pasti tidak sabar untuk melihat gandingan beliau bersama seorang lagi pemain antarabangsa Perancis yang juga merupakan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu, N’golo Kante di bahagian tengah.
Sumber
Sunday Express (2017) – http://www.express.co.uk/sport/football/829072/Chelsea-transfer-news-Tiemoue-Bakayoko-shirt-pictures