RASMI: Terengganu FC Lantik Tomislav Steinbruckner Sebagai Pengarah Teknikal

Teka-teki pasukan Terengganu FC bakal memiliki pengarah teknikal baharu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini akhirnya telah terjawab.

Terengganu FC secara rasmi telah mengumumkan Tomislav Steinbruckner sebagai Pengarah Teknikal kelab itu bermula musim 2022.

Perkara itu diumumkan melalui media sosial kelab sebentar tadi. Steinbruckner bukanlah watak asing di dalam bola sepak negeri Terengganu.

Ini kerana beliau turut pernah membimbing T-Team pada musim 2015. Malah Steinbruckner juga adalah antara individu awal yang mengembangkan bakat Safawi Rasid di peringkat awal karier bintang JDT itu ketika masih bersama T-Team.

Walaupun selepas meninggalkan Terengganu pada 2016, nama Steinbruckner tidak pernah lekang untuk dikaitkan akan kembali ke negeri itu.

Sebelum ini nama Tomislav Steinbruckner turut pernah dicanang bakal menggantikan tempat Nafuzi Zain sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC sebelum kedudukan Nafuzi dikekalkan pada Disember lalu.

Ketika di bawah kendalian Steinbruckner, T-Team pada ketika itu mengakhiri saingan Liga Premier di kedudukan ke-3 sebelum jurulatih itu kembali ke negaranya dan menyertai kelab tempatan, NK Osijek.

Kelab terakhir yang dilatih oleh Steinbruckner sebelum kembali menyertai Terengganu FC pada musim ini adalah NK BSK Bijelo Brdo.

Merupakan seorang pemain tengah ketika masih bergelar pemain, Steinbruckner turut pernah menyarung jersi beberapa kelab tempatan di Croatia sebelum bersara selepas beraksi bersama Singapore Armend Force di Liga Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah pernah berkata pelantikan pengarah teknikal ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Terengganu FC bagi aksi Liga Super 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN