RASMI: Solanke Sertai Bournemouth, Menjadi Penyerang Inggeris 21 Tahun Ke-3 Termahal Dalam Sejarah

Rumus yang selalu berlaku; Pemain muda Chelsea akan menyertai pasukan lain, dan kemudiannya akan dijual dengan harga pasaran yang sangat tinggi. Itulah yang turut berlaku kepada Dominic Solanke yang meneruskan tradisi itu.

Solanke menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan hanya £3 juta. Harga itu ditetapkan oleh tribunal selepas Chelsea meminta Liverpool membayar £10 juta untuk pemain itu.

Liverpool awalnya menganggap Solanke sebagai pemain ejen bebas. Ini selepas Solanke menolak kontrak baru yang ditawarkan bagi menyertai pasukan lain. Leipzig dan Liverpool antara kelab yang berminat.

Namun tribunal menetapkan Liverpool membayar £3 juta kerana Liverpool mendapatkan Solanke sebelum 1 Julai 2017. Liverpool akur dengan keputusan tribunal dan membayar angka itu.

Namun pada hari ini Bournemouth mengesahkan pembelian penyerang muda itu dengan nilai £19 juta dengan diselit bonus tambahan £6 juta – klausa persembahan.

Dengan ini Liverpool berpotensi mendapat £25 juta daripada Solanke. Beliau kini menjadi pemain 21 tahun Inggeris yang ke-3 termahal dalam sejarah. Solanke hanya menjaringkan 1 gol dan 1 assist dalam EPL bersama Liverpool. Musim lalu, Solanke beraksi sebanyak 21 penampilan di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Hanya 2 pemain 21 tahun yang lebih mahal daripada Solnake. Pertamanya Andy Carroll yang dibeli Liverpool £35 juta pada 2011. Dan kedua adalah Wayne Rooney dengan rekod £30 juta pada 2004 – dari Everton ke Man. United.

Namun di Liverpool sistem permainan pasukan itu menyukarkan Solanke. Lebih-lebih lagi trio serangan Liverpool yang cemerlang ketika ini. Adanya Daniel Sturridge di bangku simpanan juga menyukarkan beliau. Solanke boleh bermain di bahagian sayap, namun untuk sistem Liverpool, beliau tidak cukup laju untuk peranan itu.

Bournemouth yakin itulah harga untuk pemain muda itu selepas melihat Southampton berjaya mendapatkan manfaat daripada pembelian Danny Ings sebelum ini.

Selain daripada Solanke, Bournemouth juga berjaya mendapatkan seorang lagi bintang Liverpool – Nathaniel Clyne secara pinjaman.

Clyne teruja dengan peluang untuk kembali semula beraksi di EPL selepas kehilangan tempat kepada Trent Alexander-Arnold.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN