RASMI: Sergio Aguero Dilanjutkan Kontrak Selama 2 Musim Bersama Sri Pahang

Pemain naturalisasi kebangsaan, Sergio Aguero secara rasminya kini terus kekal bersama Sri Pahang untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh laman rasmi Sri Pahang dengan menyatakan Aguero terus kekal bersama mereka untuk dua musim akan datang.

“Pemain tengah Sergio Aguero telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua musim untuk terus bersama Sri Pahang FC.

“Komitmen, dedikasi dan kepimpinan Aguero diyakini akan terus menjadi aset berharga buat kelab. Tahniah Aguero. Terus sukses bersama Sri Pahang FC,” jelas kenyataan tersebut.

Aguero bukan lagi satu nama asing buat Sri Pahang, selepas sumbangannya bersama pasukan tersebut sangat bagus pada musim lalu.

Musim lalu menyaksikan Aguero telah pun beraksi sebanyak 19 perlawanan secara keseluruhan bersama pasukan itu dan meledak lima jaringan secara keseluruhan selain enam bantuan gol turut dicatat pemain tersebut.

Tidak tertumpu bersama Sri Pahang, Aguero juga menjadi antara pemain naturalisasi negara pada tahun lalu dan memberi impak tersendiri di posisi tengah serangan negara.

Sembilan penampilan berjaya dicatat pemain ini sepanjang berada bawah kendalian Kim Pan-gon, dan beliau telah pun meledak dua gol bersama satu bantuan jaringan secara keseluruhan.

Tampil dengan begitu menyerlah di posisi tengah serangan, Aguero juga memiliki kelebihan untuk beraksi di bahagian sayap kiri dan kanan, penyerang utama serta penyerang kedua.

Kelebihan Aguero yang menjadikan beliau terus dikekalkan oleh Fandi Ahmad bersama Sri Pahang juga terarah kepada kelebihan individu beliau untuk membuat gelecekan, kreatif mencipta hantaran berbahaya kepada rakan serangan, serta memiliki naluri penyudah cukup baik di hadapan gol.

Sebelum ini, timbul ura-ura menyatakan ada kelab dari saingan Indonesia berminat untuk mendapatkan khidmat Aguero sebelum laporan tersebut terus sepi begitu sahaja.

Kini, Aguero telah pun mengesahkan diri beliau bersama Sri Pahang dan sudah tentu pemain itu berada dalam perancangan penting buat Fandi Ahmad pada musim hadapan.

Selain Aguero, Sri Pahang sebelum itu juga sudah mengesahkan dua pemain tempatan mereka iaitu Azrif Nasrulhaq serta Syazwan Andik untuk ditandatangani pasukan tersebut bagi saingan hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN